2014 has been a year of tears and a test to our solidity as Malaysians.

And yes, if it doesn't kill us, it will make us stronger.

As I hope all Malaysians will be.

As to my 2014, this is what Google comes up with.

So, what do 2015 have in store for us?

All I can say is, it is never too costly to be prepared.

Have a Happy New Year and may Allah set grant us all with Peace, Health, Wealth and Wisdom.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email
I think this movie is the most eagerly awaited movie of the year.
It is to me, at least.

So, when +ChurpChurp invited me to attend the Churpremiere of the movie, I agreed without wasting a second to think about it.

And to have watched it in IMAX theatre, THE BEST!

SINOPSIS
Bersambung daripada The Desolation of Smaug (2013) menyaksikan permulaan wayang dengan serangan oleh Smaug terhadap Laketown. Manakala kumpulan Bilbo pula hanya mampu memerhati dari kejauhan di Lonely Mountains.
Smaug on rampage
Apabila Bard berjaya memanah Smaug dan membunuhnya, penduduk Laketown yang masih hidup mengangkat Bard sebagai ketua mereka yang baru.
Bard dan Legolas berbincang
Manakala Galadriel berjaya menyelamatkan dan membebaskan Gandalf daripada tahanan di Dol Guldur.
One of the sad scenes
Bala tentera Agog
Bard dan tentera Elves
Dalam masa yang sama, Azog mengatur bala tentera Orc menuju ke arah Erebor dan mengarahkan Bolg untuk mengumpulkan lebih banyak tentera.

Thorin yang sudah mabuk dengan kekayaan di dalam Lonely Mountains seakan sudah kerasukan apabila sanggup berperang dengan Bard dan Thranduil semata-mata ingin memerintah semula di Lonely Mountains dengan adanya kuasa dari Arkenstone. Namun tindakan Bilbo menyerahkan Arkenstone kepada Bard dan Thranduil menyebabkan Thorin tidak mempunyai kelebihan dan menimbulkan kemarahan Thorin. 
Bilbo kebingungan
Dwarves
Ketibaan sepupu Thorin, Dain mencetuskan sedikit suasana peperangan apabila tentera Dain seakan-akan bersedia untuk berperang dengan Manusia dan puak Elves.

Pada masa yang sama, bala tentera Azog tiba dan ini memaksa ketiga-tiga puak (Manusia, Elves dan Dwarves) bergabung untuk menghancurkan tentera Azog.

Siapakah yang akan menjadi mangsa dalam pertembungan di antara puak ini?

PENILAIAN
Plot : 5.0/5.0. Memandangkan saya dah membaca novelnya, maka saya sudah menjangkakan plot penceritaan. But to see the novel come to life is totally out of this world. And to watch it on IMAX is the best movie experience.

Penghayatan : 5.0/5.0. Hello! Everybody was great OK! 

Will I watch it again : Already did and will buy the complete DVD trilogy!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email
Hello semua.

Maaf la agak lama menyepi, al maklum hujung-hujung tahun nie banyak kerja nak kena settle kan.
Kejar deadline, gitu la gayanya.

Sebelum bercerita panjang, meh sama-sama kita mendoakan kesejahteraan rakan-rakan kita di Pantai Timur yang dilanda banjir. Moga semuanya dipermudahkan dan mudahan banjir akan menjadi semakin tenang.

Dah agak lama menyepi ni, tetiba sekarang saya kembali dengan satu fenomena baru iaitu #PBWonders .

Apa dia #PBWonders nie?
Anda semua mesti ada instagram kan.
Cuba search #PBWonders dan anda akan disajikan dengan testimoni transformasi pengguna Premium Beautiful yang amat premium = TERBAIK!

Malas nak cari di Instagram?

Meh saya share sedikit testimoni untuk membuatkan hati anda semakin copot untuk memiliki satu, dua malah berpuluh set Premium Beautiful Corset.
Amazing kan!
Oh ye, Premium Beautiful Corset bukan alat magis tau walaupun boleh mengemaskan dan mengecilkan saiz badan anda dengan serta merta.
Jika dipakai berterusan dan disiplin, memang tidak mustahil bentuk badan pemakai akan terus terletak dan mengecil.
Kalau pakai dengan disiplin, mesti lagi cantik bentuk badan
Wow! Memang berbeza sungguh!
You can be like her too!
A healthy way of slimming down
Losing 9 kg and still losing
Guys can wear Premium Beautiful Corset too
Owh, jangan tak tau.
Premium Beautiful Corset ini bukan hanya untuk wanita sahaja, malah lelaki juga boleh memakainya.

Ye la, jika pernah slipped disc, sakit belakang dan paling penting, BUNCIT, insyaAllah boleh diselesaikan dengan Premium Beautiful Corset.

Meh call saya cepat sebab tetiba baik hati pula hujung tahun nie nak bagi harga dealer je kat beberapa orang yang bertuah.

Cepat call.

And jangan lupa jenguk #PBWonders .
Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email
Amboi!
Kasarnya bahasa ko Rawlins.
Sakitnya hati dengan PENIPU
Maaf.
Terpaksa saya lakukan.

Rasanya dah banyak juga online entrepreneur yang telah mengalami kejadian di tipu di atas talian ni.

Yes.
Bukan hanya pelanggan je kena tipu, malah peniaga pun ada juga ditipu oleh potential client.

So, kisah saya nie terjadi semalam, 25 Disember 2014.

Saya telah post up iklan untuk menjual Samsung Note 3 saya di beberapa FB Groups.
Tak beberapa lama, ada yang mula PM menanda bertanyakan harga, gambar dan segala pertanyaan yang biasa.
Soal jawab bermula sehingga ada seorang nie menunjukkan memang berminat.

So, saya pun menghubungi melalui mesej.
Kemudiannya beralih ke Whatsapp.
Gembira sungguh bila dapat client nak segera
Dia bertanyakan agar disertakan gambar yang lebih jelas menunjukkan fizikal handphone saya tersebut.
Normal lah kan.
Nak beli gajet memang kena detail.
Setelah dia berpuas hati, maka perbincangan diteruskan untuk menentukan masa dan lokasi pertemuan untuk penentuan kali terakhir.
Pada awalnya dia minta agar bertemu pada malam 24 Disember 2014. Saya terpaksa menolak dan mencadangkan agar bertemu pada 26 Disember 2014.

Dia bersetuju dan mencadangkan agar bertemu di Uptown Damansara.

Pada 25 Disember 2014, setelah saya siap membuat back-up untuk semua data yang terdapat dalam handphone  saya, saya hubungi dia semula seandainya boleh saya bertemu dia pada malam 25 Disember 2014. Dia bersetuju untuk bertemu pada jam 8 malam di Uptown Damansara.

Sepanjang hari tersebut, saya masih bermesej dengan dia untuk mengesahkan pertemuan pada malam tersebut.
Almaklum, saya dari Kajang. Kang datang ke Uptown Damansara, tetiba dia busy  atau berubah fikiran, naya pula saya kan.
Dia juga mengesahkan pertemuan dan pada satu ketika, cuba menawar harga yang saya tawarkan.
Saya sampai awal di Uptown Damansara (7:09 malam) dan terus mencari kedai makan.
Sambil itu, saya menghantar mesej memaklumkan bahawa saya telah sampai awal melalui Whatsapp kepada dia tetapi tiada jawapan.
Saya beranggapan dia mungkin sedang solat Maghrib ataupun dalam perjalanan.

Apabila menghampiri jam 8 malam dia masih tidak memberikan sebarang respons, saya terus menghubungi beliau.
Kegusaran mula bercambah.

Berkali-kali saya hubungi tetapi tidak berjawab.
Setelah dicuba berkali-kali, akhirnya dia menjawab panggilan dengan soalan pertama dia "Siapa ni?"

Berderau darah saya mendengar soalannya.
Masih lagi bersangka baik, saya anggap dia tak menyimpan nombor saya dan terus memperkenalkan diri.
Kemudiannya dia kata berkata dia akan sampai lagi 10 minit dan bersetuju untuk bertemu di Starbucks Uptown.

Tak lama selepas itu, dia menghantar mesej kepada saya menyatakan bahawa dia tidak dapat datang kerana tiada kenderaan.
Terus saya merasa marah kerana saya dapat merasakan bahawa dia nie sengaja mempermainkan saya dan menipu saya.

Saya hubungi dia bertalu-talu tetapi dia sudah tidak menjawab panggilan.
Apabila saya bertanyakan kawasan rumah agar saya boleh menghantar handphone itu, lambat sungguh dia nak menjawab. Pun jawapannya berdalih.
Akhirnya apabila saya memaklumkan bahawa saya akan melaporkan kejadian ini, baru dia memohon maaf (KO GHASE).
Apabila saya tengok di FB dia, lain pula lokasinya.

Sudah!
Memang sah AKU KENA TIPU!

So, kawan-kawan, jika ada budak dengan nama seperti tertera di bawah atau dengan nombor telefon di atas menghubungi anda dan menyatakan minat untuk membeli barangan anda, JANGAN LAYAN.

Kang tak pasal-pasal rugi duit minyak dan duit tol.


Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email
Have you ever had a day so bad that you feel like everything is going against you?
Minggu lepas memang merupakan minggu yang sangat menyeksakan jiwa, raga dan juga kesihatan.

Kenapa?
Tension sebab banyak kerja, lepas tu ada satu kejadian yang kurang mesra terjadi di pejabat and last but not least, dapat tahu yang BP naik sehingga 140/85 dan mata kanan kena ketumbit!

So, apa tindakan yang perlu diambil untuk meneutralkan perasaan yang menyesakkan jiwa ni?

Terus saya meluru ke Avenue K di Jalan Ampang.
Katne Avenue K tu?
Senang sangat nak Avenue K.
Sebelah KLCC je.
Klik Avenue K untuk mendapatkan kedudukan yang tepat.
Avenue K
By the way, kenapa saya nak pergi ke Avenue K?
Sebab ada #OhhSOME Fest di Avenue K!
Bestnye Connecting KL with 25 days of Christmas 
Your Xmas will be so merry with lots of events in line
Sampai je saya di Concourse Area, saya ternampak Santa Claus sedang memandu Pink Mini Cooper!
Dengan perasaan teruja saya mendekatinya dan sempat la berselfie dengan Pink Mini Cooper.
Sempat juga saya menikmati persembahan tarian oleh sekumpulan gadis berpakaian ala Santarina.
Santa on a Pink Mini!
Selesai bersiar di situ, saya menuju ke aras LG kerana ada persembahan oleh sebuah kumpulan indie. Ala-ala busking di situ. Tak tersangka saya terpegun mendengarkan nyanyian mereka sehingga hampir 30 minit lamanya. Yang bestnya, pelancong daripada Timur Tengah turut terpegun mendengarkan nyanyian.
This girl really can sing, especially Ella's songs! Sedap wei!
Rupa-rupanya dah banyak kedai dah kat Avenue K nie. Kedai makan je dah lebih dari 60 buah. Stores yang lain memang tak terkira la banyaknya.

Lagi convenient adalah di Level 2, parents yang nak berbelanja dengan tenang boleh meninggalkan anak mereka di Primrose Hill Active Learning.
Memang sesuai dengan tagline Avenue K - Make friends, create trends. AK connects KL city to a new shopping experience

Sambil-sambil mencuci mata, saya bergerak terus ke aras 3 dan di situ saya terpegun kerana terdapat banyak mini stalls yang didirikan oleh young entrepreneurs mempamerkan produk hasil kreativiti mereka. Sesuai dengan namanya #OhhSOME Bazaar, produk yang dipamerkan memang awesome. Bilangan usahawan muda yang ramai juga membangkitkan rasa kagum dan bangga dengan anak Malaysia yang berdikari.

Good for you Avenue K for setting up a platform for the youngsters to move up in the world.
Selesai bersiar melihat produk yang dipamerkan, saya naik ke Rooftop dan mendapati terdapat ratusan manusia sedang berkumpul di situ.

Rupa-rupanya ada #OhhSOME Stage yang membariskan ramai artis tempatan seperti Elizabeth Tan dan Altimet. No wonder la masing-masing ceria.
Jumping with joy!
#OhhSOME Stage
Imma happy person!
Great crowd!
+Maha Mahu macam nak ajak +Mira Cikcit gaduh je nie
Peace y'all!
Hotlink bekerjasama dengan Avenue K untuk mendatangkan pelbagai jenis permainan dan hiburan untuk anak-anak muda termasuklah reverse bungy jumping. Of course saya tidak membuang masa untuk mencuba reverse bungy jumping.

Walaupun kecut perut apabila menyaksikan orang terpelanting ke udara, and also knowing that I have  Acrophobia (fear of height), saya tetap cekalkan hati dan kuatkan semangat untuk mencuba reverse bungy jumping.

Can you imagine being thrown up into the air on the rooftop of a 4 storeys building and then to come down in such a fast speed?

Yeah, I tried that and I enjoyed it.
Hehehe.

Another tick in my bucket list!
Yeah! That is me, up in the air!
All in all, I really had a great fun time there.

And yes, my BP went down after the event and I feel a whole lot happier after the session.

So, no matter what you are looking for this festive season, just head over to Avenue K and I am sure you will find whatever you are looking for.

Make friends, create trends. AK connects KL city to a new shopping experience

Wanna know more?
Just visit Avenue K (Facebook) and (Website) to find out what is waiting for you.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email