Big Hero 6 - The Review

8:00 AM

Lama sungguh rasanya tak update pasal movie kan.

So this time around nak update pasal the latest movie-craze yang comel giler, Big Hero 6.
Tak tau yang mana satu?
Yang ada robot putih yang comel tu, yang ala-ala marshmallow tu.
Terbitan Walt Disney Animation Studios dan Walt Disney Pictures kali ini menampilkan penceritaan adiwira yang berbeza daripada biasa.
Big Hero 6
Thanks to +NuffnangMY  sebab sudi menjemput saya untuk #NNPremiereScreening untuk Big Hero 6 nie.

SINOPSIS
Bagi seorang remaja genius, Hiro Hamada lebih suka menghabiskan masanya dengan melibatkan diri dalam robot fights. Abangnya, Tadashi cuba memujuknya untuk menggunakan kebijaksanaannya ke arah yang lebih bermanfaat tetapi tidak berkesan.

Sehinggalah Hiro dibawa ke makmal pengajian Tadashi di mana Tadashi dan rakan-rakannya membangunkan teknologi robotik yang mengagumkan di bawah penyeliaan Profesor Callaghan.
Hiro menjadi sangat teruja dan berazam untuk membangunkan suatu ciptaan terbaru bagi membolehkan dia diterima masuk ke universiti tersebut.
Setelah berhempas-pulas, Hiro berjaya membangunkan microbot yang boleh dikawal secara telepati untuk membentuk apa sahaja yang difikirkan oleh penggunanya.
Profesor Callaghan sangat kagum dengan ciptaan tersebut dan Hiro berjaya diterima masuk ke universiti itu.
Hiro dan microbes
Kegembiraan Hiro dan Tadashi di atas berita itu dimusnahkan apabila Tadashi dan Profesor Callaghan terbunuh di dalam kebakaran di universiti tersebut.
BayMax cuba melegakan emosi Hiro
Hiro yang patah hati dan sedih mengurung dirinya di rumah dan tidak memperdulikan dunia ciptaan robotik mahupun keinginan untuk menyambung pengajiannya.
Sehinggalah BayMax, robot penjagaan kesihatan yang dicipta oleh Tadashi, telah diaktifkan secara tidak sengaja oleh Hiro mencuba untuk mengubati kedukaan Hiro.
Ketika itu juga Hiro terjumpa seketul microbot  yang berada di dalam keadaan pelik dan seakan-akan ingin menuju ke suatu kawasan. 
Apabila BayMax bergerak mengikut arah yang ditunjukkan oleh microbot tersebut, secara tidak sengaja BayMax dan Hiro telah bertemu dengan makmal yang sedang aktif mencipta microbots dan dikawal oleh seorang lelaki bertopeng Kabuki.
Man in Kabuki Mask
Di sini bermulanya misi Hiro untuk menangkap lelaki tersebut yang dianggap menjadi penyebab kematian Tadashi dan Profesor Callaghan. Rakan-rakan Tadashi iaitu GoGo, Wasabi, Honey Lemon dan Fred juga turut ingin membantu menangkap lelaki tersebut.
The making of a hero
Dengan pelbagai ciptaan terkini dan terbaru oleh Hiro terhadap penampilan BayMax dan rakan-rakannya, mereka semakin mendekati misteri yang menyelubungi kematian Profesor Callaghan dan Tadashi.



Berjayakah mereka merungkai misteri kematian Tadashi dan Profesor Callaghan?
Apakah Hiro akan berjaya mengubati kelukaan hatinya?

PENILAIAN
Plot : 4.9/ 5.0. Saya sukakan plot kali ini yang menceritakan permulaan adiwira yang belum lagi pernah saya tonton. Plotnya santai dan memang ada banyak babak yang melucukan. Begitu juga ada diselitkan isu kekeluargaan. 

Penghayatan : 4.9/ 5.0. BEST

Will I watch it again : Yes, I will and I will but the DVD too!


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

1 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe