How To Train Your Dragon 2 - The Review

8:30 AM

Pada 2010, kita menyaksikan beliau merubah tanggapan penduduk Berk berkenaan hubungan naga dan manusia.
Back then, he was just a cute and naive little boy.
In 2014, he is a young man, trying to impress his girl and his father.

Thanks to The Butterfly Project for inviting me to the screening of How To Train Your Dragon 2 with all the marvelous beauty bloggers!
SINOPSIS
Stoick menginginkan Hiccup menggantikannya sebagai Ketua di Berk dan berkahwin dengan Astrid.
Namun Hiccup merasakan dirinya masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua di Berk.
Maka Hiccup dan Toothless banyak menghabiskan masa dengan mengembara dan menemui pelbagai kawasan baru.




Sehingga pada satu kejadian, Hiccup dan Astrid terserempak dan hampir ditawan oleh Eret, penangkap naga untuk dijual kepada Drago Bludvist. 
Setelah berjaya melarikan diri, Hiccup memaklumkan kepada Stoick bahawa Drago kini sedang membangunkan sepasukan tentera naga dan akan menangkap naga-naga yang ada.
Kemungkinan untuk Drago menyerang Berk juga adalah sangat tinggi.
Eret

Stoick yang pernah bertarung dengan Drago terus memerintahkan untuk mengurung semua naga dan tidak dibenarkan keluar dari Berk.

Hiccup pula merasakan bahawa dia akan dapat menenangkan Drago tidak bersetuju dengan Stoick.
Dia nekad keluar mencari Drago dan Astrid menurutinya kerana bimbangkan keselamatannya.
Mereka berpura-pura menyerah diri kepada Eret agar dapat dibawa ke lokasi persembunyian Drago tetapi rancangan mereka gagal apabila rakan-rakan Hiccup datang menyelamatkan Hiccup dan Astrid ketika di kapal milik Eret.

Sekali lagi Hiccup keluar mencari Drago dan bertemu dengan Valka, seorang penyelamat naga yang merupakan emak kepada Hiccup.
Valka telah menyelamatkan naga daripada tangkapan Drago dan hidup di dalam pemerintahan Alpha Dragon yang dikenali sebagai Bewilderbeast.
Apabila Stoick menyelamatkan Hiccup, dia dipertemukan dengan Valka dan hubungan keluarga mereka kembali bersatu.
Pertemuan Hiccup dan Valka

Toothless menemui perkara baru
Cloudjumper dan Toothless
Valka
Hiccup bertemu dengan naga yang diselamatkan Valka
Pertemuan Valka, Hiccup dan Stoick

Bewilderbeast bertemu Hiccup
Drago yang menginginkan pemerintahan ke atas semua naga telah menemui kawasan persembunyian Valka dan menyerang kubu tersebut.
Di sini, Drago melepaskan Alpha Dragonnya dan telah berjaya membunuh Alpha Dragon di dalam komuniti Valka.

Apabila ini terjadi, semua naga kini menjadi jajahan Drago dan akan bertindak mengikut arahan Drago untuk menyerang Berk.
Ini juga termasuk Toothless yang berpaling dari Hiccup dan mengikuti Drago.
Drago yang ingin menjadi ketua kepada naga

Bagaimanakan hubungan keluarga Hiccup, Stoick dan Valka yang baru bermula?
Berjayakan Drago memusnahkan Berk dan mengambil alih pemerintahan keseluruhan naga?

PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. A totally different plot from the previous one. Kali ini mengisahkan perjuangan Hiccup untuk menyelamatkan keluarganya, naga dan manusia dari ketamakan dan kerakusan Drago. Banyak unsur kekeluargaan dipamerkan.

Penghayatan : 4.8/5.0. BEST! Suka giler dengan penceritaan kali ini.

Will I watch it again : Yes, I will!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe