Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014

8:30 AM

Bertempat di Saloma Restaurant pada 8 Mac 2014, tercipta sejarah dalam blogosphere Malaysia di mana Sepetang Bersama Bloggers (SBB) dan Yeo's 2014 telah berjaya menghimpunkan sejumlah 300 bloggers.

Acara ini merupakan kerjasama bersama Yeo's Malaysia telah berjaya menghimpunkan bloggers dari rantau Asia Tenggara terutamanya dari Brunei, Indonesia dan Singapura.

Bagi blogger yang baru nak bermula seperti saya, SBB adalah satu medan yang sangat sesuai dan bertepatan untuk mendapatkan tips blogging terbaik di samping meluaskan jaringan di antara blogger.

Ditambah dengan penglibatan kukuh dari Yeo's Malaysia sebagai penaja utama serta beberapa nama besar lain sebagai penaja bersama (Lazada, Ephyra, MyNic dan lain-lain barisan penaja), ternyata SBB adalah satu platform yang kukuh dan ternyata dipercayai oleh banyak pihak.
Ceria bersama Yeo's "Pilihan Semulajadi"

Di kalangan rakan blogger yang saya kenal, tak ramai yang mendaftar kerana tempat yang sold-out seperti pisang goreng panas.
Rasanya, jika dimurahkan rezki, tahun depan kena buat kat PICC la DenaiHati.
Sebab confirm tahun depan lagi ramai yang nak pergi.

Penganjuran
Pada pendapat saya, penganjuran SBB2014 adalah sangat profesional.
Bermula dari pendaftaran sehingga selesai acara, saya perhatikan kakitangan yang terlibat (DenaiHati, KiD, MB dan lain-lain) bekerja keras dan sentiasa tenang.
Paling penting, senyuman sentiasa terpalit di wajah memasing.
Saya kagum dengan PR yang ditunjukkan semua.
No wonder murah rezki sehingga berjaya mengumpulkan penaja-penaja gergasi untuk majlis tersebut.


Aturcara
Saya dapat rasakan ada di antara blogger yang tidak berpuas hati dengan keseluruhan acara.
Kenapa?
Terlampau pendek, pada pendapat saya. (dua hari ke, buat kat resort ke... hehehehe)
Jika dimulakan lebih awal, mungkin boleh diisi dengan lebih banyak perkongsian daripada blogger terkemuka.
Pada hari itu, ditampilkan Zarul, Hazman dan Redmummy.
Tidak dilupakan perkongsian daripada Ben Ashaari.
Memang membuka mata dan timbul kesedaran diri bahawa diri ini terlampau kenit.
Yang penting, saya merasa sangat kagum dengan hadiah yang diberikan.
Ipad Mini, Iphone 5S dan 5C, domain serta pelancongan yang sangat BANYAK pada hari itu!
Barangan Yeo's memang tak payah cerita la.
Mewah!
Tahniah SBB2014 di atas kepercayaan dari pelbagai pihak ini.
Anugerah meja paling banyak minum, Meja 28
Jamuan yang delicious, saya suka ayam gorengnya. Siap ada kambing golek

Barisan panel


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

6 GLAM People

  1. perghhhhhh... bila gambar melompat tepi maskot ni? hahahahaha... terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. Pujian harus diberikan kepada Tuan Ilahm dan tim Denaihati bekerja keras menjayakan majlis #SBB14 dan Yeos.

    ReplyDelete
  3. Yeah.... ada jugak gambar kenangan kita kat SBB nie....thanks

    ReplyDelete
  4. Hebat!!!!! Nak 2 hari??? Boleh... :p

    ReplyDelete
  5. Gambar ngan aku tak ada pun.. ha ha..

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe