Di manakah semua ini berlaku?
Semuanya ada di Selangor! 
To be exact, di Banting, Selangor!

Thanks to Tourism Selangor (TS) sebab sudi menjemput saya lagi sekali untuk menyertai pengembaraan di sekitar Selangor.
Kali ini kami dibawa melawat di sekitar Banting.

Seawal 7 pagi, kami bertemu di titik perjumpaan di Pizza Hut Bangsar.

Setelah selesai semua pendaftaran dan pemberian baju T #tsdayout, kami dibawa bergerak  ke Banting dengan menggunakan bas TS.

Di dalam bas terdapat ramai bloggers yang baru saya kenali termasuk Vanessa yang datang dari US semata-mata untuk menyertai pengembaraan kali ini.

Kalau orang asing boleh menghargai khazanah negara kita, adakah kita nak menjadi seperti katak yang berada di bawah tempurung? Langsung tidak mengetahui berkenaan tempat diri sedangkan orang luar lebih menghargainya.

Setibanya di Banting, lokasi pertama adalah kedai untuk sarapan.

Sampai je kedai, saya dimaklumkan wajib untuk makan nasi lemak dan telur goyang berserta sambal sotong.

Bila mendengar menu yang sedemikian pelik, terutama telur goyang, of course saya terus memesan menu tersebut.
Nak tahu camna rupanya telur goyang yang popular tu.

Inilah telur goyang (kredit kepada +Kifli Mally )

Bila dah dapat order tadi, rupa-rupanya telur mata kerbau. 
Disebabkan kuning telur tu bergoyang-goyang (separuh masak), maka ia dinamakan telur goyang.
Bila dimakan bersama nasi lemak dan sambal sotong, terus saya terpejam mata!
SEDAP ok!
Ketiga-tiga kedai ini adalah milik adik-beradik

Nak tau katne kedai ni?
Alamat kedainya ialah Jalan Suasa 1, Banting, Selangor.
Adik-beradik yang mengusahakan kedai makan keluarga ini

Bergambar kenangan bersama TS

Ketiga-tiga kedai ini adalah milik adik beradik dan semuanya menjual nasi lemak yang sama.
Resepi nasi lemak ini adalah resipi turun-temurun yang berumur hampir 40 tahun lamanya.
No wonder lah sedap sungguh kan.

Selesai makan, kami dibawa pula melawat sebuah perusahaaan kecil-kecilan membuat kerepek.
Ros Kerepek namanya dan alamat perusahaan ini ialah Jalan Sukun, Kampung Sungai Lang Baru, Banting.
Penerangan daripada ketua TS dan En Fauzi berkenaan Ros Kerepek

Ubi kayu sedang dibersihkan sebelum digunakan untuk menghasilkan kerepek

Apabila Encik Fauzi menerangkan berkenaan perusahaan keluarga yang telah bermula semenjak 1989, terkejutnya saya kerana setiap hari, sebanyak 3 tan ubi kayu yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai kerepek keluaran Ros Kerepek. Dan hampir kesemua bekalan ubi ini ditanam di tanah milik keluarga ini sendiri. 

Kami juga dimaklumkan bahawa Ros Kerepek hanya dipasarkan di dalam Malaysia sahaja, dan masih belum bersedia untuk pasaran antarabangsa.
Penghasilan kepingan kerepek

Kerepek yang telah siap dimasak

Eugene mencuba memasak sambal yang akan ditambah kepada kerepek
Apabila kami dibawa melawat kilang pembuatan kerepek, saya kagum dengan kualiti kebersihan yang diamalkan di Ros Kerepek.
Lantainya memang bersih dan begitu juga dengan peralatan yang digunakan.
Yang pentingnya, ada kerepek nangka!
Wow! Talking about 'weird food'.
Informasi ringkas di pintu masuk PIW


Indahnya jeti di hadapan pintu masuk PIW
Seterusnya, kami dibawa ke Paya Indah Wetlands (PIW).
I have heard about this place before but it does not strike my interest to even go there.
Frankly speaking, I thought I have seen 1 wetland and it was enough.
But was I wrong about Paya Indah Wetlands!

PIW adalah sebuah tempat yang memberikan ketenangan dan ilmu dalam masa yang sama.
Merupakan kawasan bekas lombong bijih timah dari tahun 80-an, terdapat 14 tasik buatan yang telah terbentuk akibat aktiviti perlombongan.
Satu fakta yang sangat mengagumkan saya, ada sebuah tasik yang mempunyai kedalaman setinggi bangunan 20 tingkat!
Dalam kan!

Sedikit fakta berkenaan PIW :
  • Diwartakan sebagai tempat perlindungan 'Wetlands' di bawah Kanun Tanah Negara 1965 pada tarikh 17 Februari 1998;
  • Terdapat tiga zon di dalam PIW iaitu Zon Rekreasi (seluas 108.54 hektar), Zon Pendidikan (86.91 hektar) dan Zon Konservasi & Penyelidikan (255.31 hektar);
  • Usaha memulihara ekosistem PIW telah melibatkan kerjasama dari semua pihak termasuk pelajar sekolah, IPT, swasta dan badan kerajaan;
  • Biodiversiti di PIW adalah sangat besar iaitu terdapat 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amfibia dan 14 spesies ikan. Manakala terdapat 220 fauna yang terdapat di dalam PIW;
  • Di PIW, pengunjung bukan sahaja akan menimba ilmu berkenaan hidupan, malah juga berkenaan budaya. Bagi aktiviti kebudayaan di rumah melayu, pengunjung akan diberi peluang untuk menganyam tikar, bermain gasing, membuat wau serta menikmati minuman pagi atau petang berserta juadah tradisional;
  • PIW juga mempunyai night safari di mana pengunjung boleh menyaksikan hidupan nocturnal;
  • Kemudahan penginapan dan seminar/ kursus juga disediakan di PIW.
Maklumat lanjut berkenaan PIW :
1) Ketua Pengarah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, KM 10, Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Tel : 03.9086.6800

2) Penguasa, Paya Indah Wetlands, 
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, KM 4, Jalan Dengkil-Banting, 43800 Dengkil, Selangor. Tel : 03.8768.7616

Penerangan berkenaan cara lawatan di PIW

Sebaik sampai, kami diberikan sedikit penerangan berkenaan PIW dan cara lawatan kami akan diadakan.
How to best enjoy PIW?
By cycling!
Geng Basikal

Woot! Woot!
Dah lama tak berbasikal!
Papan tanda untuk kolam yang berdekatan

Cantik plak kan pemandangan ini

Kolam itik dan kolam badak terletak bersebelahan di antara satu sama lain

Lokasi pertama adalah kolam itik.
Kami dimaklumkan bahawa PIW adalah lokasi persinggah migratory birds
Sekiranya berlaku selsema burung, bilangan burung yang singgah akan menjadi indikator kepada berlakunya wabak tersebut.
Begitu juga sekiranya ekosistem sudah menjadi tercemar dan terancam, bilangan burung yang sedikit akan menjadi indikator kepada keadaan tersebut.
Maknanya PIW perlu sentiasa dipastikan di dalam keseimbangan ekosistem yang optimum untuk memastikan migratory birds  ada lokasi persinggahan.

Kemudiannya kami dibawa melawat pula ke kolam buaya.
Di sini kami diberikan penerangan berkenaan pembiakan konservasi ex-situ yang dijalankan di sini.
Secara purata seekor buaya akan mengeluarkan sebanyak 60-70 telur setiap kali.
Sebagai tindakan pengawalan, hanya beberapa biji sahaja yang akan dibenarkan menetas dan membesar di dalam kolam ini.
Bayangkan jika ada 48 ekor dewasa dan separuh adalah betina. Setiap betina mengeluarkan purata 50 biji telur dan semuanya menetas. 
Tak ke penuh kolam itu dengan buaya?
Aksi-aksi di kolam buaya

Kami juga berpeluang melihat proses pemberian makanan kepada kawanan buaya tersebut.
Ngeri sekejap apabila melihat keupayaan buaya untuk berdiri dengan menggunakan ekornya untuk menangkap mangsa di udara!
Juwita dengan aksi manja bersama anaknya

Selesai di situ, kami dibawa pula ke kolam badak.
Semasa kami tiba, ibu badak yang bernama Juwita bersama anaknya yang masih belum diberikan nama masih berendam di kolam.
Kami difahamkan bahawa Juwita baru sahaja melahirkan anaknya itu, maka kedua-dua mereka perlu diasingkan dari seekor badan jantan dan dua badak betina yang lainnya bagi memastikan anak Juwita tidak dicederakan.
Yang penting, Juwita sangat-sangat menjaga anaknya.
Awalnya, Juwita mula mendekati kami yang berada di pagar.
Selepas kami memberikan Juwita makanan, dia menjadi semakin jinak.
Tetapi apabila anaknya mula mendengus, mungkin kurang senang suasana riuh rendah yang kami timbulkan, Juwita mula menjauh.
Tapi serius, anak Juwita memang cute.
Boleh tak nak namakan dia Leonardo?

Melihatkan Juwita mula menjauh, kami dibawa ke lokasi Chalet yang sangat cantik, tenang dan MURAH!
Yes, murah sangat-sangat!
Chalet yang sangat tenang dan murah (kredit kepada +Kifli Mally )
Di sini kami diberikan sedikit masa untuk melepaskan lelah sambil menikmati alam sekitar di hadapan chalet yang indah ini.
Ada tasik yang sangat mendamaikan.
Pemandangan tenang dan damai di hadapan chalet



Sebahagian gambar yang saya hantar untuk pertandingan

Kemudiannya kami dibawa ke Restoran Pangling untuk menikmati jamuan tengah hari dan penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis entry untuk aktiviti lepas dan photography contest bertemakan alam semulajadi di PIW.


Pemenang Best Blog berkenaan tsdayout to Battlefield Live Malaysia (Entry saya)

Pemenang Best 

Tahniah buat semua pemenang.
Eh.. saya pun ada?
Terima kasih TS!
Jasamu amat ku hargai.

Buat semua, November dan Disember adalah Bulan Melawat Kuala Langat.
Jadikan lokasi-lokasi yang disebut di atas sebagai pilihan anda.
Bukan sahaja indah dan menggembirakan, malah lebih murah daripada pergi jauh-jauh!

Nak join aktiviti TS?
Lawat je FB TS : Tourism Selangor

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
A year ago, GLAM Dinner materialized, the brain-child of a young and successful business moghul, +Hanis Haizi 
Lets recapture the moments
It is that time of the year again, GLAM season!
Everything is GLAMourized!
Tahun nie temanya Hollywood Glamour
Wanna join us this coming 9 November 2013?
Do drop me an email, stating why YOU ARE GLAM! in your own words before 31 October 2013
Dont forget to search for us #mostglam

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
GLAM kini semakin berkembang di merata tempat, bukan sahaja di dalam Malaysia malahan berjaya mengjangkau ke luar negara.
I am so thankful kerana bernaung di bawah GLAM yang bukan sahaja kukuh dan stabil, malah mendapat sokongan penuh daripada syarikat dalam apa jua aktiviti yang dilaksanakan.

Siapa sangka sebuah kumpulan pembimbing usahawan online di bawah bimbingan CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain akan berkembang sebegini pesat dan mendapat pengiktirafan besar dalam tempoh masa yang singkat.

With true determination and perseverance, Hanis Haizi dan Razali Zain built this empire!
And at such a young age too!
The unstoppable and strong duo


Banyak bukti kejayaan GLAM yang menyebabkan ia menjadi kumpulan pilihan ramai ushawan muda. Sebagai contoh, seorang pemimpin di bawah GLAM  iaitu CDM Maisarah Ibrahim telah dipilih untuk berucap semasa Majlis Ulang Tahun ke-21 yang akan diadakan pada 9 November 2013 kelak.
Manakan tidak bangga.
Seluas-luas Malaysia dan daripada pelbagai kumpulan yang ada, GLAM yang dipilih untuk berucap pada majlis syarikat yang sangat gah ini.
Bukan calang-calang orang yang akan dipilih untuk berucap di majlis berprestij begini.
CDM Maisarah mewakili GLAM di Majlis Ulang Tahun ke-21
BTW, ada sesiapa nak datang menyaksikan kegemilangan Majlis Ulang Tahun 21 nie secara life and merasakan sendiri gelombang GLAM memenuhi dewan pada hari itu?
Ada persembahan khas daripada artis terkenal, cabutan bertuah dan yang penting dapat menyaksikan GLAM beraksi.
Emel je saya dengan tajuk Saya ingin GLAM!

Lagi satu perkembangan GLAM yang sukar menjadi tandingan ialah keupayaannya untuk melebarkan sayap ke mana sahaja yang tercapai dek akal dan internet.
Kenapa?
Kerana kami menjalankan perniagaan sepenuhnya melalui internet dan jarak bukannya alasan untuk menidakkan peluang perniagaan.
GLAM is everywhere
So, orang Sarawak, mun kitak urang enchari orang Sarawak juak nok ada dalam GLAM  kamek salah surang GLAMpreneur.
Iboh enchari jauh gilak.
Contact jak kamek.
Senang kita mauk kelakar kelak.
Senang runding bah!
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Wahai adik-adikku yang bakal menamatkan pengajian, NGERI tak tajuk itu?

Inilah yang terpapar di The Star pada 14 Oktober yang lepas.
Maknanya ini adalah kenyataan terkini berkenaan peluang kerjaya di Malaysia.

So, apa yang anda semua nak buat?

Ada beberapa alternatif yang saya boleh pikirkan :

a) Meneruskan usaha dalam mencari pekerjaan dan bersaing dengan ramai lagi pencari kerja yang berpengalaman di luar sana;

b) Sambung belajar lagi senang. Tak payah pikir pasal kerja. Dapat biasiswa/ tajaan, habis cerita. Tapi tajaan kena ganti semula kan? 

c) Memulakan sendiri perniagaan kecil-kecilan yang tidak memerlukan apa-apa pengetahuan kerana semua akan dibimbing secara PERCUMA oleh business moghul yang berpengalaman dan mempunyai track record yang sangat SHINING BRIGHT LIKE A DIAMOND

Jika anda memilih ( a ), saya mengucapkan selamat berjaya kepada anda kerana anda yang baru graduasi dengan pengalaman yang sangat sedikit berkemungkinan tidak mempunyai peluang langsung berbanding pekerja berpengalaman yang sedia menanti di luar sana.

Jika anda pilih ( b ), jangan lupa bahawa tajaan pun kena bayar juga kemudiannya. Apakah ada jaminan bahawa anda akan dapat membayar semula tajaan itu selepas anda selesai pengajian? Jangan lupa, had umur pencen kan dah semakin meningkat. Ini bermakna peluang untuk kekosongan jawatan adalah semakin mengecil kerana perjawatan sedia ada masih penuh.

Jika anda memilih ( c ), saya mengagumi diri anda yang mampu menilai keindahan berlian di dalam himpunan kaca. Perniagaan kecil-kecilan insyaAllah akan menjadi mantap dan membesar sekiranya dipelihara dan dipupuk dengan semaian baja dan air yang sesuai setiap hari. Hubungi saya segera dan akan saya kenalkan anda dengan GLAM yang telah banyak membantu golongan muda mengubah arah hidup ke arah yang lebih terjamin.

Dan hampir kesemuanya bermula dengan hanya mencari pendapatan sampingan atau kecil-kecilan.
Ahli keluarga GLAM menghadiri seminar






GLAM Founder, Hanis Haizi, usahanita muda dan juga seorang ibu yang berjaya membangun empayar perniagaan di kalangan anak-anak muda
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Apa yang CRAZY?
Apa yang ON SALE?

PREMIUM BEAUTIFUL CORSET IS ON SALE!
Besar ke diskaun tu?
Well, you baca sendiri di bawah ni

Dengan mendapatkan set anda sebelum Oktober berakhir, and akan dapat beberapa free gifts juga :

1) Souvenir dari Korea
2) Marine Essence Beauty Bar (1 unit)
3) Marine Essence Shampoo (1 unit)
4) PB Wash

Segera dapatkan set untuk diri sendiri, anak, ibu, kakak, kekasih atau saudara mara yang mengidamkan set ini!

Lupa nak beritahu, installments pun diterima!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
I missed out on a few good events starting last weekend and this week due to having high fever (39.8 Celcius) and got admitted to PPUKM for a night
And the flu still does not want to leave me until today
Me, last weekend in hospital bed

How I wish I could just leave the sickness at home and keep on going at what I am aiming for now!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
This is a sponsored post for 48 hours

Saya memang seorang yang sukakan cabaran.
Saya akan cuba melakukan apa sahaja, asalkan ia tidak melibatkan ular.

So, apabila Nuffnang menjemput saya untuk menghadiri Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge, tanpa berfikir dua kali saya terus menerimanya.
Takkan la ada ular plak dalam challenge yang ada aiskrim kan.

Sampai-sampai di Blue Entrance Sunway Lagoon tu, ternampak satu khemah yang besar.
Hati dah mula kecut dah.
Khemah Nestle Most Adventurous Challenge

Lepas mendaftar kehadiran pada Anne, kami lepak sekejap menunggu kengkawan blogger yang lain.
Ada Cik Lily Putih, PenaBerkala, Yuyu Zulaikha, Nisa Kay, Joelle dan ramai lagi lah.
Hehehehe. Tak menyempat nak menulis nama diorang semua.
Credit to Ohfishiee

Sebelum acara bermula, kami diberikan penerangan sedikit.
Kami akan dipakaikan dengan segala safety gear dan akan memakai helmet bersama kamera.
Apa yang perlu kami lakukan ialah berlari ke dalam khemah dan mendapatkan Nestle Drumstick.
Selepas itu nantikan arahan yang tertera pada monitor TV sebelum lari keluar mengikut masa yang ditetapkan.
Senang je kan?
Well, tidak semudah yang disangka.
Kak Lily macam ketakutan dah tu 
And she is ready
Mira kegembiraan

Semua berlindung dekat dengan aiskrim.

Sabby is ready too

Saya dan Nisa Kay cuba 'membelasah' Yuyu Zulaikha
Ini kerana akan ada banyak halangan di sepanjang jalan keluar.
Seakan-akan game Wipeout tu.
Ada air, ada tepung, ada jelly, ada tayar, ada kayu.

And kesiannya, saya tak dapat keluar dari khemah dalam masa 5 saat. Huhuhu.
Tapi Nestle nie baik.
Dia bagi gak saya dan rakan-rakan yang tak dapat menyelesaikan dalam tempoh masa yang disebut tiket percuma ke Sunway Lagoon.

Yang penting, Jae Hashim dapat menyelesaikan tugasan beliau dalam 5 saat.
Dan dia dapat RM50!
Tahniah!

Anda pun ada peluang juga tau.
Nestle Drumstick Most Adventurous Challenge berlangsung dari 30 September sehingga 10 November 2013.

Macam mana nak join?

Hadiah berjumlah RM100,000 untuk di menangi!
Cepat!

Sebelum join tu, baca arahan berikut dengan teliti ok.





Mudah je kan?
Kalau anda tak nak, jangan menysal jika hadiah tu jadi milik orang lain.

Nak tahu lebih lanjut, pergi je link ini >>> https://www.facebook.com/NestleDrumstick/app_199545600218743?ref=ts

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam https://www.facebook.com/NestleDrumstick/app_199545600218743?ref=ts