Runner Runner : The Review


Saat pertama kali melihat trailer Runner Runner, ada dua perkara yang saya perasan :
  • Barisan pelakon yang terlibat iaitu Justin Timberlake (bagaimanakah tahap lakonannya) dan Ben Affleck dan Gemma Arterton
  • Kelihatan seperti pernah ditonton plot cerita sebegini iaitu 21  lakonan Kevin Spacey
Terima kasih kepada Churpremiere kerana menjemput saya untuk menonton premiere screening ini.

SINOPSIS
Richie Furst adalah seorang pelajar Sarjana di Princeton yang telah kehabisan wang yuran pengajiannya melalui kegiatan perjudian di atas talian yang disertainya.

Nekad untuk bertemu dengan pemilik laman judi Midnight Black iaitu Ivan Block, Richie telah terbang ke Costa Rica untuk mendapatkan semula yuran pengajian beliau.
Ivan dan Richie berbincang
Ivan yang menyedari kepintaran Richie dan kebolehannya dalam sektor perjudian terus menawarkan peluang pekerjaan kepada Richie.
Richie yang memang mengalami masalah kewangan dan keluarga terus bersetuju untuk bekerjasama dengan Ivan kerana pulangannya yang sangat lumayan.
Richie juga dibenarkan membawa dua orang rakannya yang bijak dalam programming untuk membangunkan lagi Midnight Black.
Apabila Richie didekati oleh pegawai FBI, Agent Shavers, yang memaklumkan akan kegiatan haram yang dijalankan oleh Ivan, Richie mula berhati-hati di dalam langkah beliau.
Richie semakin terdesak apabila seorang demi seorang rakannya melarikan diri daripada kegiatan Ivan dan ayahnya juga telah 'ditawan' oleh Ivan.
Ivan pula tidak boleh ditawan di Costa Rica kerana Kerajaan USA tidak mempunyai kuasa di kawasan itu.

Bagaimana cara Richie melepaskan diri dan ayahnya daripada menjadi mangsa keadaan bagi Ivan Block?
Siapakah yang boleh Richie percaya di dalam perkara yang melibatkan masa depan dan hidup matinya?

PENILAIAN
Plot : 4.6 / 5.0. Jalan cerita yang serupa sepertimana 21. Predictable but at the same time, enjoyable.

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan JT adalah agak membanggakan. Begitu juga Ben Affleck dan Gemma tetapi tidak digunakan secara sepenuhnya.

Will I watch it again : Not in the cinema but I will buy the DVD.

Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com