Thanks so much Churp-Churp sebab menjemput saya untuk Churpremiere citer sekual kepada The Chronicle of Riddicks nie.
SINOPSIS
Riddick ditinggalkan di sebuah planet yang tidak bernama oleh rakyatnya sendiri.
Berbekalkan pengalaman dan keberaniannya, Riddick berjaya mengharungi pelbagai rintangan termasuk pelbagai makhluk asing yang ingin membunuhnya.
Bertemankan seekor makhluk asing yang kelihatan seperti kacukan hyena-serigala, Riddick mencari cara untuk mendekati sebuah kawasan yang kelihatan seperti dihuni oleh orang.
Masalah beliau adalah lopak air yang perlu dilaluinya terdapat makhluk asing yang seperti kala jengking yang menjadikan hidupan yang melalui air itu sebagai mangsanya.
Selepas berjaya melepasi makhluk asing itu, Riddick berjaya menemui sebuah pangkalan yang dijadikan hentian oleh kumpulan bounty hunters.
Dengan menjadikan dirinya sebagai umpan untuk menarik perhatian kumpulan bounty hunters yang lain, dua kumpulan bounty hunters telah mendarat di planet tersebut dan berusaha untuk menangkap Riddick yang mana menjanjikan ganjaran yang besar di atas penangkapan beliau.
Walau bagaimanapun, Riddick telah memasang perangkap untuk membolehkan dia merampas salah satu daripada kapal angkasa itu dan menyelamatkan dirinya serta bergerak ke Furya, planet idaman Riddick.
Apakah Riddick berjaya merampas kapal angkasa dan melarikan diri ke Furya?
Berjayakah kumpulan bounty hunters mencapai kata sepakat dan bekerjasama menangkap Riddick?
PENILAIAN
Plot : 4.4/5.0. Penceritaan yang ringkas dan tidak berat. Tiada babak yang menimbulkan rasa kagum atau menyebabkan saya teringat-ingat. Penceritaan juga diselang-seli dengan skrip yang lawak.
Penghayatan : 4.4/5.0. Ada di kalangan pelakon pembantu yang agak kaku. Aksi-aksi ganas memang ternyata GANAS di dalam movie ini.
I, as the owner of the blog WILL NOT BE RESPONSIBLE for any damage/ loss/ risk (personally or otherwise) that occurs directly or indirectly upon the use of any information/ content obtained from this blog.
Your wisdom as a reader is highly appreciated to make the best decision for yourself.
I will not be responsible for any comments posted and it is the sole responsibility of the commentators themselves.
The articles published are just personal opinions for future references.
Saya, sebagai pemilik blog ini secara khususnya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa jua kerosakan/ kehilangan/ kerugian/ risiko (secara peribadi atau sebaliknya) yang terjadi secara langsung atau tidak di atas penggunaan apa jua maklumat/ kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Kebijaksanaan anda sebagai pembaca adalah amat diharapkan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.
Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Artikel yang disiarkan adalah sekadar pendapat peribadi yang ingin dikongsi bersama dan juga sebagai koleksi rujukan peribadi di masa akan datang.
0 GLAM�comments
Thanks for the GLAM write-ups