Paranoia : The Review


Dah saksikan filem terbaru lakonan Liam Hemsworth, tunang kepada Miley Cyrus yang buat persembahan yang teruk semasa VMA>>> Video Miley
Lupakan yang itu.

Thanks to Nuffnang sebab jemput saya menonton premiere screening untuk Paranoia, sebuah movie yang dibintangi oleh Liam, Gary Oldman dan Harrison Ford.

SINOPSIS
Adam adalah seorang pereka di syarikat yang dimiliki oleh Wyatt. 
Selepas gagal dalam pembentangan produk rekaan terbaru beliau, Adam merancang untuk membelanja rakan-rakannya di sebuah kelab malam dengan menggunakan kad kredit syarikat beliau.
Adam dan Emma bertemu di dalam kelab malam
Adam dan ayahnya yang sakit
Akibat daripada itu, Adam dipaksa untuk menjadi pengintip kepada syarikat seteru mereka yang dimiliki oleh Jock Goddard bagi melangsaikan hutang tersebut.
Apabila mengenangkan tindakan undang-undang yang bakal diambil dan juga ayahnya yang sakit, Adam terpaksa bersetuju.
Judith membimbing Adam untuk menjadi pekerja Goddard
Dengan bimbingan daripada Judith, Adam berjaya mendapatkan kerja di syarikat Jock dan misi beliau adalah untuk mendapatkan prototaip ciptaan terbau syarikat Goddard.

Adam berada di jamuan Goddard bersama Emma
Dalam pada melaksanakan misi itu, Adam telah jatuh cinta kepada Emma Jennings yang merupakan Director of Marketing bagi syarikat Goddard.

Bagi melaksanakan misi beliau, Adam menggunakan hubungannya dengan Emma untuk memecahmasuk ke dalam bilik kebal di mana prototaip syarikat Goddard.

Adakah Adam berjaya dalam melaksanakan misinya?
Bagaimana hubungan Adam dan Emma?
Siapakah di antara Wyatt dan Goddard yang akan menang?
PENILAIAN
Plot : 4.6/ 5.0. Penceritaan yang ringkas dan agak senang diduga. Dengan ada sedikit twist pada penghujung jalan cerita yang menggembirakan.

Penghayatan : 4.7/ 5.0. Dengan adanya Harrison Ford, Gary Oldman dan Liam Hemsworth, penghayatan watak sudah dijangkakan memang hebat.

Will I watch it again : I will buy the DVD

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam







Post a Comment

0 Comments