Bila Blogger Saling Berperang

1:00 PM 4 Comments A+ a-

Blogger mana yang berperang?
Kenapa?
Mana ada blogger berperang pun.
Semua blogger saling menyayangi dan membantu sesama.

Terima kasih kepada Tourism Selangor dan Battlefield Live Malaysia sebab menjemput saya untuk menikmati 'aksi' peperangan yang menyeronokkan ini.

Saya difahamkan oleh rakan-rakan blogger yang selalu mengikuti aktiviti Tourism Selangor (TS) bahawa TS memang selalu menganjurkan aktiviti mempromosikan Selangor di kalangan blogger. 

Pada kali ini di bawah kata nama #TSDayOut, TS telah mendatangkan satu pengalaman di luar bangunan yang amat luar biasa.

#TSDayOut telah memilih Nur Lembah Pangsun Eco-Resort sebagai lokasi pendaftaran dan perkenalan di antara semua peserta yang hadir. Seawal sesi pendaftaran, saya mendapati bahawa kakitangan TS adalah sangat peramah, walaupun ini merupakan kali pertama saya menyertai program mereka.

Info on Nur Lembah Pangsun Eco Resort :
Like no other, NUR  LEMBAH PANGSUN is a Malaysian eco-resort with a natural
charm that offers spectacular facilities & accommodation, fantastic indoor
& outdoor activities and makes for superb outings, whether  for individuals, families or corporate groups.
Alamat : Nur Lembah Pangsun, Batu 19 3/4, Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor, Malaysia
FB : Nur Lembah Pangsun Eco- Resort
Blog : Nur Lembah Pangsung Eco- Resort

Sebenarnya saya, Mahamahu dan PenaBerkala terlambat sampai di lokasi kerana kesilapan membaca arahan Waze. Sudahnya kami menikmati pemandangan sampai ke Gunung Nuang sebelum menyedari bahawa kami telah terlebih laluan.
Nasib baik Dian sudi membantu menunjukkan arah yang betul kepada kami.
Suasana pendaftaran dan minum pagi

Selesai sesi pendaftaran dan minum pagi (thanks TS) , kami dibawa ke lokasi 'peperangan' yang bakal kami tempuhi.
Hutan belantara tau!
Siap ada sungai, paya dan PACAT! (ke lintah?)

Pada awalnya, saya beranggapan "Mesti seperti Paintball". So, saya dah expect akan luka-luka sebab ramai kawan-kawan yang main paintball mesti balik dalam keadaan luka.
Masing-masing mencuba SATR
Percayalah. Senjata itu lebih kurang sama tinggi dengan saya

Eugene, a fitness instructor yang menjadi Kapten Alpha
PenaBerkala mencuba pelbagai SATR



Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, Alpha, Beta, Charlie dan Delta. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan saya dimasukkan dalam kumpulan Alpha.

Apabila diperkenalkan kepada senjata yang akan kami gunakan, saya terkedu seketika.
"Adakah itu senjata sebenar?"
Ini kerana senjatanya semua adalah dalam saiz senjata yang sebenar dan kelihatan seperti yang sebenar.

Menurut Mejar Shafiee Sulaiman (Pengasas Battlefield Live Malaysia), senjata yang digunakan dikenali sebagai Small Arms Transmitter Receiver (SATR). SATR memberikan kita pengalaman peperangan yang sebenar, tidak kira di mana sahaja acara diadakan, di dalam atau di luar bangunan. 
SATR yang ada dalam Battelfield Live

Memang real sebab SATR memberikan maklumbalas yang real-time. Siap ada red-dot-scope. Terasa ala-ala komando plak bila memegang SATR.
And yes, beratnya sepertimana berat senjata yang sebenar.

Terdapat 3 Misi  peperangan yang akan kami lalui.

1) Misi 1 : Battle Box. Pada misi ini, kumpulan yang 'berperang' diberikan masa 15 minit untuk merampas Battle Box kumpulan lawan atau membunuh kapten pasukan lawan. Untuk misi ini, strategi kumpulan adalah penting kerana akan ada ahli yang bertindak defensive dan akan ada yang menjadi attacker.

2) Misi 2 : Medical Box. Pada misi ini, satu kumpulan ditugaskan sebagai attacker manakala satu lagi sebagai defensive. Attacker perlu mendapatkan medical box  kumpulan defensive. Perkiraan menang adalah bagi yang kumpulan yang mana kaptennya berjaya merampas medical box atau berjaya membunuh kapten pasukan yang lain.

3) Misi 3 : Last Man Standing. Yang ini paling best sebab masing-masing bertempiaran dan kemenangan dikira dengan ahli kumpulan yang paling lama bertahan di medan perang. Masa inilah semua orang menyusup, meniarap, merangkak dan bersembunyi sebab nak menyelamatkan diri. Pacat/ lintah sudah tidak dihiraukan lagi.
Bersama PenaBerkala dan Mahamahu : muka masing-masing kepenatan
Sebahagian daripada peserta
Nak juga amik gambar di banner #TSDayOut
Not forgetting my signature pose
Kepenatan!
Selepas selesai semua misi, kami dibawa kembali ke Nur Lembah Pangsun Eco-Resort untuk membersihkan diri, minum petang dan seterusnya upacara penyampaian hadiah.
Menunggu upacara penyampaian hadiah


Tahniah pada semua pemenang. Pics credits to Nigel
Nie semua penembak-penembak tepat!
 All in all, IT WAS A GREAT FUN!
Thanks to the perfect teamwork from teams TS and Battlefield Live Malaysia for the amazing experience.
Battlefield Live Malaysia

Some of the friendly team of Tourism Selangor

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Aplikasi Yang Menyelamatkan Kewangan

8:30 AM 5 Comments A+ a-

Bila membaca tajuk di atas, teringat zaman-zaman belajar dulu.
Disebabkan saya mendapat pinjaman yang ciput je setiap semester, sedaya upaya saya mencari peluang kerja untuk mendapatkan extra income.
Menaip tesis, membuat translation, mengajar tarian dan juga menjual kad top-up.

Itu semua kenangan manis semasa belajar yang terus meniupkan semangat keusahawanan saya sehingga kini.
Walaupun telah berkerjaya, saya tetap membuat side income kerana hidup di kota memerlukan perbelanjaan yang besar.

Apabila melihat golongan remaja yang membesar di zaman smartphone  dan semuanya serba pintar, saya merasa kasihan sebab tuntutan terhadap mereka adalah sangat besar dan mencabar.

Mana tidaknya, ada handphone kena selalu ada kredit sebab nak mesej la, FB la, twitter la.
Lagi-lagi kalau pelajar universiti, semua benda nak dibincangkan di Whatsapp, Twitter atau FB.
Kalau takde kredit, memang ketinggalan.

Tapi takyah risau dah sebab saya terserempak dengan satu aplikasi nie.
Memang terbaik untuk golongan yang perlu sentiasa online.
cellads nama aplikasi tu
Yes, Cellads nie saya rasakan terbaik sebab ia adalah mobile application and mobile content advertising solution yang boleh dimuat turun secara PERCUMA ke dalam semua peranti pintar.

Tapi apa kebaikannya kepada pelajar?
Sebab semua SMS/ MMS yang anda terima akan ditukar kepada Bonus Points.
Setiap kali anda menerima SMS/ MMS, satu laman pemasaran akan tampil di skrin peranti pintar dan ini akan membolehkan anda mendapat Bonus Points bagi laman pemasaran tersebut.
Bukan setakat SMS/ MMS je, menerima panggilan juga akan mendapat points.

Macam mana caranya?
Saya letak gambar untuk memudahkan semua ye.
1
2
3
4
5
6
Macam mana pula cellads nie dapat menyelamatkan kewangan?

Well, setiap points yang diterima itu boleh ditukar kepada baucar.
Tengok kat gambar (5) tu ada kemudahan redeem kan.
Points yang kita dapat boleh ditukar kepada Top-up untuk peranti pintar ataupun baucar makanan (KFC, McD dan PH).
Tak ke bahagia rasanya sebab takyah spend duit untuk top up ataupun fast food dah?

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

Korea Free Trip : Day 2

8:30 AM 4 Comments A+ a-

Sambungan dari entri berkenaan Free Trip ke Korea.
please jangan rasa bosan membaca ye. terima kasih

Oh ye. 
Saya sebilik dengan Farouk Harun, GLAMpreneur yang sedang meletup-letup di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Kepenatan semalam ditambah dengan jetlag menyebabkan kami berdua terbangun awal.
Dah alang-alang bangun awal, terus pose-pose manja di tebing tingkap, menikmati pemandangan mentari pagi di Korea sambil mengghirup Mineral Coffee.
*ala-ala lagu Raja Ema gethu*
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Masing-masing masih kusut masai baru bangun
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Merenung masa depan
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Hari nie semua rasa teruja sebab 'menu utama' adalah Paju Premium Outlet!
SHOPPING lagi!
Tema hari ini adalah Biru so kelihatanlah sejumlah 5 buah bas manusia disaluti persalinan biru bergerak ke arah Paju Premium Outlet (PPO).
Setiba di PPO, saya yang first time travel ini terus teruja untuk menemani leader saya, Hanis Haizi untuk melihat cara beliau membeli belah.
Rasanya saya hanya bertahan menemani beliau untuk tiga butik yang pertama. Selepas itu, saya menerewang entah ke mana. 
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Pembelian melampau bakal bermula
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Shopping sakan nampak
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Kami yang tak berapa betul

Terdapat sejumlah hampir 400 buah butik yang terdiri daripada jenama antarabangsa dan tempatan yang terletak di dalam PPO.
PPO is a shopping haven.
Banyak sangat pilihan dan tak larat nak jalan semua kedai.
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Kepenatan
Memang malang bagi saya sebab walaupun banyak kedai, hanya dapat beli kasut Puma + Alexander McQueen yang ada saiz saya.
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Yeay! Ada juga in my size
Selesai misi shopping, kami dibawa melawat kilang amethyst.
Sadly, I am not into rocks so tak berapa nak enjoy di situ.
Lagi satu sebab tak sabar nak gerak ke Lotte World.
Woot woot!

Sampai di sana, Oh My Gucci.
Penuh dengan manusia sebab tengah cuti.
Barisan yang nak naik rides memang panjang berjela.
Sudahnya saya hanya melilau bersama-sama rakan ber'camwhoring'.
sebenarnya takut nak naik rides dia seperti Gyro Drop dan Gyro Shot.
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Bersama CDM Naa. TQ +Mohd Farouk Shah Harun for the pix
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus

Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Sebahagian daripada tarikan di Lotte World
Sekali lagi kami diberikan satu kejutan oleh syarikat apabila jamuan makan malam didatangkan khas untuk kami di Lotte World.
Bertempat di Restoran Iron Bull, syarikat mendatangkan tukang masak khas untuk memasak jamuan halal untuk semua GLAMpreneur.
OWH!
Very the 5-star Treatment tau!
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Makan di Restoran Iron Bull yang ditempah khas
Makanan yang sedap ditambah dengan rakan-rakan yang menceriakan menjadikan makan malam itu satu kenangan yang manis.

Selesai makan malam, kami dibawa balik ke hotel.

Memandangkan malam masih muda (dah jam 10:30 pm dah kot) dan juga kerana hotel kami ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu berdekatan dengan Doota Shopping Mall, Myongdon, Dongdaemun dan berhampiran dengan subway, kami bersetuju untuk melawat night market yang berhampiran.
Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan shopping mall akan ditutup kerana Korea sedang menyambut Thanksgiving.
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Subway berhampiran hotel
Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus

Korea, Free Trips, byrawlins, Hanis Haizi Protege, GLAMpreneur, extra income, big bonus
Walaupun ada perayaan, night market dia tetap meriah.
Dan kami tidak melepaskan peluang untuk membeli belah di shopping mall yang dikenali sebagai hello apm sebab dia hanya tutup pada jam 4 pagi!
Mau tak pitam kami tawaf bangunan tersebut yang setinggi 8 tingkat!
Dan di sini boleh tawar-menawar!
BAHAGIA!

Akhirnya pada jam 2 pagi, kami semua sudah tidak dapat memaksa kaki untuk meneruskan misi membeli belah.
'Terpaksa' balik ke hotel dan terus nyenyak!

Tunggukan cerita di hari ketiga!
Next Free Trip adalah ke Gold Coast, Australia. 
Nak join tak?

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Runner Runner : The Review

8:13 AM 2 Comments A+ a-

Saat pertama kali melihat trailer Runner Runner, ada dua perkara yang saya perasan :
  • Barisan pelakon yang terlibat iaitu Justin Timberlake (bagaimanakah tahap lakonannya) dan Ben Affleck dan Gemma Arterton
  • Kelihatan seperti pernah ditonton plot cerita sebegini iaitu 21  lakonan Kevin Spacey
Terima kasih kepada Churpremiere kerana menjemput saya untuk menonton premiere screening ini.

SINOPSIS
Richie Furst adalah seorang pelajar Sarjana di Princeton yang telah kehabisan wang yuran pengajiannya melalui kegiatan perjudian di atas talian yang disertainya.

Nekad untuk bertemu dengan pemilik laman judi Midnight Black iaitu Ivan Block, Richie telah terbang ke Costa Rica untuk mendapatkan semula yuran pengajian beliau.
Ivan dan Richie berbincang
Ivan yang menyedari kepintaran Richie dan kebolehannya dalam sektor perjudian terus menawarkan peluang pekerjaan kepada Richie.
Richie yang memang mengalami masalah kewangan dan keluarga terus bersetuju untuk bekerjasama dengan Ivan kerana pulangannya yang sangat lumayan.
Richie juga dibenarkan membawa dua orang rakannya yang bijak dalam programming untuk membangunkan lagi Midnight Black.
Apabila Richie didekati oleh pegawai FBI, Agent Shavers, yang memaklumkan akan kegiatan haram yang dijalankan oleh Ivan, Richie mula berhati-hati di dalam langkah beliau.
Richie semakin terdesak apabila seorang demi seorang rakannya melarikan diri daripada kegiatan Ivan dan ayahnya juga telah 'ditawan' oleh Ivan.
Ivan pula tidak boleh ditawan di Costa Rica kerana Kerajaan USA tidak mempunyai kuasa di kawasan itu.

Bagaimana cara Richie melepaskan diri dan ayahnya daripada menjadi mangsa keadaan bagi Ivan Block?
Siapakah yang boleh Richie percaya di dalam perkara yang melibatkan masa depan dan hidup matinya?

PENILAIAN
Plot : 4.6 / 5.0. Jalan cerita yang serupa sepertimana 21. Predictable but at the same time, enjoyable.

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan JT adalah agak membanggakan. Begitu juga Ben Affleck dan Gemma tetapi tidak digunakan secara sepenuhnya.

Will I watch it again : Not in the cinema but I will buy the DVD.

Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

Click Me To Visit Bargain Shoppe