Lazatnya NBrew

8:30 AM 0 Comments A+ a-

Apa itu NBrew?
Adakah jenama baju, kasut atau barangan elektrik?

Salah!
Semua salah!
NBrew adalah penghasil dessert, originally Malaysia!

Tapi, apa bezanya dengan penghasil dessert yang lain?

Pertama adalah set up kedainya.
Rekbentuk dan susun atur kedainya seperti dalam makmal.
Begitu juga dengan peralatan untuk menyediakan dessert, serupa peralatan makmal.
Ada tabung uji, bikar dan sebagainya.
Utensil yang ada di kedai NBrew. Menarik kan?
Colin, salah seorang pemilik francaise di Midvalley menjadi jurucakap kepada kumpulan blogger yang datang pada hari tersebut. 
Penerangan dan juga tunjuk ajar yang dibuat oleh beliau memang teliti dan mengujakan.
Colin, Senior Business Manager
Kaedah penyediaan dessert/ aiskrim dia memang unik sebab menggunakan liquid nitrogen/ nitrogen cair.
Masing-masing jadi teruja bila tengok asap berkepul-kepul.
Tong simpanan nitrogen cair
Pengukuran bahan - lihat tahap meniskus ke?
Berkepul-kepul asap keluar! Takjub tak!
Hasilnya!
Selepas penerangan dan tunjuk ajar beliau, tiga orang blogger diberikan peluang untuk mencuba kreativiti diri dalam menyediakan tiga di antara puluhan perisa aiskrim yang ada di NBrew iaitu Avocado Gula Melaka, Chocolate dan Mango.
Mira Cikcit dengan Avocado Gula Melaka
Sara bersama Intense Chocolate
Blogger Makan yang faymes, Mahamahu dengan Mango
Apa perbezaannya?
Yang paling ketara adalah tekstur aiskrim yang lebih halus dan lembut.
Begitu juga dengan perisa yang ada kerana ia lebih bersifat tempatan.
Nak gula melaka, mango, laici mahupun durian, semuanya ada.

Setelah itu, kami diberikan plak produk terbaru NBrew iaitu gabungan espresso dan gelato!
Yang ini terus membuatkan saya jatuh cinta pada rasanya!

Thanks kepada Nuffnang dan juga NBrew crew yang menjemput kami untuk merasa flava' yang ada.
Abaikan perbezaan ketinggian itew
Oh ye.

Sekarang NBrew ngah ada contest tau, tarikh akhir ialah 6 September ok.
Hadiah dia maha lumayan ok!
Iphone 5 dan Samsung S4 menjadi rebutan.

Lawat je FB NBrew >> Tekan sini
Kalau nak tau pasal contest tu plak, just klik je kat pic kat bawah nie

Ok bye.
Saya nak menang iPhone 5 tu.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Kick-Ass 2 : The Review

8:30 AM 0 Comments A+ a-

Ingat lagi tak Kick-Ass yang ditayangkan pada 2010?
Ala, wayang pasal superhero wannabe, starring Nicolas Cage dan Chloe Grace Moretz.
Sebahagian daripada watak di dalam Kick-Ass 2
Kali ini adalah sekuel dia.
Thanks to Nuffnang sebab sudi jemput saya untuk premiere screening nie.

SINOPSIS
Selepas kematian ayahnya, Mindy aka Hit Girl terpaksa menyamar sebagai manusia biasa dan meneruskan persekolahannya sepertimana remaja yang lain. 

Dave dan Mindy di sekolah
Marcus, penjaga Mindy, tidak mengetahui bahawa Mindy sebenarnya selalu ponteng sekolah dan meneruskan latihannya sebagai Hit Girl ketika waktu persekolahan.

Di sekolah ini, Mindy bertemu dan berkawan dengan Dave aka Kick-Ass. 
Latihan Mindy dan Dave
Dave merasakan kehidupannya semakin membosankan dan meminta Mindy untuk melatihnya menjadi superhero seperti gabungan Mindy dan ayahnya.

Apabila kegiatan Mindy diketahui oleh Marcus, dia terpaksa menepati janjinya kepada Marcus dan mendiang ayahnya dan mengumumkan bersara dari dunia superhero.
Justice Forever terbentuk!
Ini menyebabkan Dave terpaksa mencari rakan-rakan lain dan akhirnye terbentuk satu kumpulan yang dinamakan Justice Forever yang terdiri daripada individu yang ingin menegakkan keadilan.

Dalam pada itu, Chris yang masih marah kepada Kick-Ass kerana menyebabkan kematian ayahnya, telah menyebabkan ibunya terbunuh dan menjadi pewaris kepada harta yang banyak.
The MotherF**ker dan kumpulannya
Chris menggunakan hartanya untuk merekrut kumpulan pengganas dan menggelarkan dirinya sebagar The Motherf**ker. Misi utama kumpulan ini adalah memusnahkan Kick-Ass dan kumpulannya.

Mindy pula telah mencuba menjadi remaja yang biasa dan berkawan dengan kumpulan gadis yang popular yang diketuai oleh Brooke. Tetapi apabila Mindy semakin popular, Brooke telah bertindak memalukan Mindy di khalayak ramai.
Pertembungan di antara kuasa jahat dan baik
Dalam pada itu, Dave masih lagi memujuk Mindy untuk kembali menyertai misi beliau menjaga keamanan di kawasan kediaman mereka.

Adakah Dave akan berjaya memujuk Mindy untuk kembali menjadi Hit Girl dan menyertai Justice Forever?
Adakah The Motherf**ker akan berjaya dalam misinya memusnahkan Kick-Ass?

PENILAIAN 
Plot Penceritaan : 4.7/ 5.0. Sebagai sekual, kita memahami penceritaan kali ini yang padat dan menarik garapan. Tiada elemen yang terlalu berat, lebih berbentuk santai dan juga ada diselitkan elemen kekeluargaan. 

Sungguhpun begitu, saya tidak mencadangkan membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menonton wayang ini kerana grafik yang ganas dan penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian adalah berleluasa di sepanjang wayang ini.

Penghayatan : 4.8/5.0. Dengan pelakon-pelakon yang semakin meningkat naik, kualiti lakonan juga saya rasakan bertambah elok. Penghayatan watak dan situasi juga tidak keterlaluan.

Will I watch it again : Yes, and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Kelebihan Kopi

8:30 AM 6 Comments A+ a-

Saya bukannya seorang penggemar kipas susah mati (die hard fan) kopi.
Kalau saya pergi Starbucks ata CBTL saya suka minum yang non-coffee.
Pelik kan?

But semenjak dua menjak nie, menjadi-jadi plak saya minum kopi. 
Tapi bukan sebarangan kopi la.
Of course saya minum Mineral Coffee dek kerana kebaikan mineral Garam Buluh yang terdapat di dalamnya.
Mineral coffee
Kenapa saya minum kopi?

Kita diajar bahawa kopi ini tidak baik untuk kesihatan.
Namun, umum sudah mengetahui bahawa kopi adalah minum kegemaran Nabi, selepas susu dan madu.

Lebih lebih lagi selepas mengetahui bahawa kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan kulit seperti mengurangkan keradangan dan kemerahan pada kulit, makin giat saya minum.

Menurut kajian dari Universiti Sao Paulo (2008), kafein pada kopi mampu mengurangkan sel selulit sehingga 17% manakala pada satu lagi kajian, didapati dapat mengurangkan selulit pada pinggul sehingga 70%! 
Oh tidak!!!
BAGAIMANA? 
Ini kerana kafein membantu membakar lemak menjadi sumber tenaga segera.
Kafein juga berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung.

Ada kajian yang menyatakan bahawa pengambilan 4 - 5 cawan kopi sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia dan Alzheimer.

Satu lagi khabar gembira kepada umum, serbuk kafein juga boleh bertindak sebagai lulur.
Lulur kopi bukan sahaja dapat membersihkan kulit dengan membuang sel kulit mati, malah menjadikannya lebih sihat dan lembut.
Tindakan berlulur kopi juga mampu memperbaiki peredaran darah serta membantu memperbaiki beberapa masalah kulit lain.

Ini berpunca dari sifat anti-oksidan yang membantu menjaga kulit daripada kesan kerosakan kerana ia mampu melawan radikal bebas yang selalu dikaitkan dengan penuaan awal. 
Ia juga mampu merangsang sel kolagen yang menghasilkan kulit gebu dan anjal.
Happy man!
Ada juga khabar gembira buat lelaki.
Kopi juga baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan ia menggalakkan sperma berenang dengan lebih aktif.

Lain-lain kebaikan yang ada pada kopi :

  • Mencegah kemungkinan masalah jantung
  • Mengurangkan risiko kanser
  • Mencegah sembelit
  • Mengurangkan risiko kemurungan di kalangan wanita
  • Mengurangkan punca sakit otot


Rujukan : Wanista & Naslive

Itu khasiat kopi sahaja.
Bayangkan apabila digabungkan dengan khasiat yang ada pada garam buluh.
Apa kebaikan yang ada pada Garam Buluh nie?
  • Meneutralkan asid dan bahan kimia dalam badan
  • Membuang toksin badan
  • Membantu menyerap vitamin dengan lebih berkesan
  • Memberi lebih tenaga
  • Membekal mineral dan elemen surih
  • Menyelaras fungsi badan supaya sistem badan berfungsi normal
  • Menyelaras keseimbangan pH badan

Satu lagi kelebihan Mineral Coffee ialah ia tidak ditambah gula, tidak mengandungi kolestrol atau bahan pengawet. Maka ia boleh digunakan oleh pesakit diabetik dan darah tinggi. Malah boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis atau darah tinggi yang dihadapi.

Jika ada di antara rakan-rakan yang berminat untuk mencuba kopi ni, hubungi saya.
Jika anda berminat untuk menjana pendapatan tambahan melalui kopi ini, SEGERA hubungi saya.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

The Mortal Instruments - City of Bones : The Review

8:30 AM 1 Comments A+ a-

Sukanya saya apabila Nuffnang menjemput untuk premiere screening wayang ini.

Saya suka cerita yang mistik, ada unsur-unsur fantasi nie so anggapan saya bahawa cerita ini adalah seakan-akan Twilight, LOTR dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.

SINOPSIS
Mengisahkan berkenaan titik perubahan dalam kehidupan seorang gadis remaja berusia 15 tahun yang mempunyai kebolehan tersendiri iaitu untuk melihat dunia selain daripada dunia manusia.
Pembunuhan di kelab malam
Clary telah menyaksikan satu pembunuhan ketika berada di dalam sebuah kelab. Tetapi 
yang hairannya, hanya dia yang boleh melihat aksi tersebut manakala manusia lain di sekitar beliau tidak dapat melihat kejadian itu.
Contengan Clary memenuhi bilik tidur beliau
Semenjak kejadian itu, Clary menjadi semakin tertekan kerana pembunuh itu asyik mengekori beliau dan dia juga kerap melukis satu simbol yang dia sendiri tidak mengetahui maksudnya.

Setelah ibunya hilang dan Clary diselamatkan oleh Jace, pembunuh yang mengekori beliau, dunia Clary menjadi semakin berubah.
Calry mencari maklumat
Clary mendapati bahawa ibunya hilang kerana melindungi satu artifak yang boleh digunakan untuk membangunkan sekumpulan Shadowhunter di bawah pimpinan Valentine.

Clary dan Magnus
Misi menyelamatkan Simon
Apabila didapati bahawa minda dan ingatan Clary telah dihalang, beliau dibawa berjumpa Magnus bagi membantu mengembalikan ingatan Clary. Apabila Magnus menolak permohonan itu, Simon pula telah diculik oleh kumpulan Vampire.
Luke menyelamatkan Clary
Luke, kekasih kepada ibu Clary, telah menyelamatkan Clary dan rakan-rakan apabila diserang oleh Vampire. Luke merupakan werewolf yang membantu melindungi Clary.
Isabelle menyelamatkan Simon dan Clary
Di dalam The Institute, lokasi persembunyian Shadowhunter, Clary dan Jace menjadi semakin rapat tetapi perhubungi mereka tidak disenangi oleh Alec.
Hodge dan Clary
Isabelle dan Alec
Kebolehan Clary yang menjadi tarikan
Berdasarkan cebisan ingatan Clary, mereka menjumpai The Mortal Cup dan mengembalikannya kepada Hodge, ketua di Institute. Hodge telah menyerahkan  The Mortal Cup kepada Valentine sebagai ganti untuk membantu menghilangkan sumpahan yang dikenakan kepadanya.

Apakah Clary dapat menemukan semula ibunya?
Apakah Simon akan dapat merebut cinta Clary daripada Jace?
Apakah hubungan sebenar di antara Jace, Clary dan Valentine?

PENILAIAN
Plot Penceritaan : 4.3/5.0. Garapan penceritaan yang longgar dan ada kalanya melalut. Garapan yang tidak kuat menyebabkan penghayatan penonton hilang dan tidak begitu menghayati wayang ini.

Penghayatan : 4.4/5.0. Lakonan Lily Collins agak memberangsangkan tetapi masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Secara umumnya, lakonan kesemua pelakon perlu lebih dipertingkatkan.

Will I watch it again : Tidak. Tetapi mungkin saya akan berubah fikiran selepas menyaksikan sekuelnya kelak.


Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

Kebaikan Kopi Kepada Kesihatan

8:30 AM 4 Comments A+ a-


Buat coffee lovers di luar sana, tahniah sebab anda akan berjaya menikmati kesan yang baik daripada kesukaan anda semua itu.

Sebenarnya tidak ramai yang menggemari kopi oleh kerana after effect nya dan juga tidak kurang kerana tidak tahan dengan baunya.

Sungguhpun begitu, berdasarkan pembacaan daripada beberapa laman kesihatan, berikut disenaraikan kebaikan kopi kepada kesihatan.

Sumber : Way of Wild Heart

1) Peningkatan dalam aortic distensibility
Distensibility adalah ukuran keelastikan aorta dan kadar yang rendah telah dikenalpasti sebagai petunjuk kepada atherosclerosis dan juga kepada masalah kardiovaskular. Pengambilan kopi secara sederhana dan berdisiplin membantu meningkatkan kadar keelastikan ini.

Ini dipercayai berpunca daripada kandungan polyphenolic  yang terdapat dalam kopi, terutama campuran tradisional yang tinggi diterpenes seperti cafestol and kahweol. Mikronutrien lain yang boleh menambah kesan positif adalah seperti  flavonoid, magnesium, kalium, niasin dan vitamin E, terutamanya disebabkan oleh ciri-ciri anti-oksida mereka.

2) Penurunan Penyakit Kardiovaskular
Pengambilan kopi dalam jumlah sederhana membantu kepada pengurangan penyakit kardiovaskular, mengurangkan kadar penyakit kencing manis dan hyperlipidaemia, merendahkan BMI, melancarkan fungsi buah pinggang dan tahap pelepasan bahan kumuhan tinggi (efek kurus).

3) Kesan Positif Kafein
Segelas kopi mengandungi 130 - 250 mg kafein, sejenis alkaloid purin dan beberapa ratus kandungan kimia semulajadi.

Di antara kesan positif kafein - 

  • merangsang sistem saraf pusat
  • bertindak ke atas buah pinggang untuk menghasilkan diuresis (kencing)
  • memendekkan masa tindak balas psikomotor dan jumlah masa tidur
  • meningkatkan kesedaran 
  • meningkatkan pembelajaran, ingatan, dan perhatian
Satu hasil kajian selama 20 tahun menunjukkan bahawa penggemar kopi mempunyai fungsi mental yang lebih baik dan mood yang lebih positif.

Kafein juga memberi kesan positif kepada prestasi sukan, ketahanan fizikal, dan tahap tenaga.

4) Rawatan Terhadap Kanser
Kopi mempunyai kesan menghalang tumor, dan boleh menghalang kesan-kesan karsinogen yang diketahui. Ia adalah sumber terutama antioksidan polyphenolic  yang bermanfaat. Kafein dalam kopi menjadikannya julap yang boleh dipercayai.

Banyak kan kesan positif kopi kepada kesihatan.
Bayangkan jika kita mengambil kopi yang mengandungi kebaikan yang ada pada Garam Buluh?
Lagi banyak kebaikannya kepada kesihatan.


Bagaimana nak mendapatkan kesan-kesan positif ini dengan mudah?
Semestinya dengan Mineral Coffee.

Satu lagi kelebihan Mineral Coffee ialah ia tidak ditambah gula, tidak mengandungi kolestrol atau bahan pengawet. Maka ia boleh digunakan oleh pesakit diabetik dan darah tinggi. Malah boleh membantu mengurangkan masalah kencing manis atau darah tinggi yang dihadapi.

Jika berminat untuk mendapatkannya, hubungi saya.
Jika anda berminat untuk menjadi pengedar dan mendapat bonus yang besar dan bakal diterbangkan ke Gold Coast, Australia pada 2014 kelak, lagi cepat hubungi saya. Ada pakej khas untuk anda.


Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


The Purge : The Review

11:21 AM 2 Comments A+ a-

Apa perasaan anda sekiranya anda dibenarkan untuk membuat sebarang jenayah, termasuk bunuh, dalam satu malam?

Kalau saya, memang ada sedikit niat ingin terlibat tetapi apakah saya akan selamat sebelum berakhirnya tempoh itu?
Agak ngeri kan posternya
Terima kasih kepada Churp-Churp kerana menjemput saya untuk menonton filem arahan James Demenaco. Filem ini adalah filem dengan bajet yang rendah tetapi mengatasi beberapa kutipan filem box-office dan dijangkakan akan ada sekuel kerana kejayaan filem pertama ini.

SINOPSIS
Amerika telah membangun sebagai sebuah negara baru yang memiliki kadar penggangguran kurang dari 1% dan kejayaan ekonomi yang besar.

Ini semua berpunca dari satu amalan, The Purge, di mana segala jenis jenayah dibenarkan selama 12 jam bagi melampiaskan nafsu/ perasaan amarah penduduk Amerika bagi menggalakkan produktiviti masyarakat. Tiada sebarang bantuan - polis, bomba, hospital - yang akan diberikan di sepanjang tempoh tersebut dan tiada sebaran tindakan akan diambil selepas tempoh itu. 
Keluarga James
Zoey di biliknya
James adalah seorang jurujual sistem kawalan keselamatan perumahan yang sangat berjaya. Beliau juga telah memasang sistem kawalan tersebut di rumahnya dan mengharapkan keluarganya akan melalui malam Purge dengan selamat.

Namun, keadaan menjadi merbahaya apabila Charlie (anak James) membenarkan seorang asing yang dikejar untuk dijadikan korban, masuk ke dalam rumah mereka.
Teman lelaki Zoey iaitu Henry juga telah cuba menembak James tetapi terbunuh.
Kumpulan yang memburu mangsa
Pelarian itu dikehendaki oleh sekumpulan remaja yang ingin 'membersihkan' jiwa mereka dengan mengorbankan lelaki itu yang dianggap tidak berguna dan membebankan masyarakat.
Sebahagian daripada kumpulan remaja
James dan Mary menyelamatkan keluarga mereka
Zoey menyembunyikan diri daripada kumpulan remaja
Kini, James dan Mary terpaksa berjuang untuk menyelamatkan keluarga mereka daripada menjadi mangsa kepada kumpulan remaja yang ingin melaksanakan Purge dan juga kemungkinan besar daripada pelarian yang diselamatkan oleh Charlie.

Apakah James akan menyerahkan pelarian itu kepada kumpulan remaja itu?
Apakah keluarga James akan selamat?

PENILAIAN
Plot Penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang kemas dan menarik. Penonton dapat merasakan keadaan tegang yang dialami oleh keluarga James. 

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang mantap dari Ethan Hawke dan Lena Headey. Tetapi lakonan Max sebagai Charlie agar lemah kerana kurang penghayatan dari segi emosi.

Will I watch it again : Probably no sebab merasa sangat bengan dengan kebodohan Charlie yang menjadi punca kepada semua masalah dalam wayang ini.


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

Fakta BBplus Collagen

8:30 AM 0 Comments A+ a-

Sekarang dah makin banyak kolagen berada di pasaran.
Sumber pula dah semakin pelbagai kan.

Tapi kita tau tak apa itu kolagen sebenarnya?

APA ITU KOLAGEN?

  • Protein utama bagi tisu sokongan dalam badan dan merupakan 30% dari keseluruhan protein badan
  • Ia memberikan sokongan kepada sel yang memberi struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan
  • Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, rambut, kuku, tulang, tendon, rawan, sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan organ seperti buah pinggan, jantung serta sistem limfa
Perbezaan kandungan kolagen di antara generasi
KESAN KOLAGEN PADA BADAN
  • Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • Memelihara kelembapan kulit
  • Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • Menguatkan otot dan tulang
  • Membantu hati dalam proses detoksifikasi
  • Memelihara kelenturan sendi
  • Mengurangkan keradangan
  • Memberi tenaga
  • Membantu pola tidur
  • Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf

FAKTA PENTING
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas berusia 25 tahun. 
Apabila mencecah usia 50 tahun, kita telah kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada.

KOLAGEN SEBAGAI MAKANAN SUPLEMEN

  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah terulung
  • Kolagen dihidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal
  • Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian 'Triple Helix", struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%
  • Satu penyelesaian yang mudah, murah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit


Jadi, apa kelebihan yang ada pada BBplus Collagen?

Berdasarkan penerangan di atas, bagi mendapatkan keremajaan yang berkekalan, dapatkan bekalan BBplus Collagen anda sekarang.

The best thing is, BELI 3 PEK dan anda akan mendapat 1 PEK PERCUMA
What a grand discount for you!
Cepat hubungi saya untuk mendapatkan pek rahsia keremajaan anda sekarang!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

Click Me To Visit Bargain Shoppe