The Heat : The Review


Siapa suka tengok Miss Congeniality?
Yang first sebab yang second dah agak tawar sikit kan.
Kalau anda suka, so, dipersilakan menonton The Heat sebab jalan cerita dia lebih kurang sama tetapi watak Sandra Bullock lebih matang di sini.
Thanks to Nuffnang sebab menjemput saya untuk Premiere Screening movie ini.

SINOPSIS
Sandra Bullock kali ini digandingkan dengan Melissa McCarthy (pelakon dalam Bridesmaids dan Identity Thief).
Sandra sebagai FBI Special Agent Sarah Ashburn merupakan seorang ejen yang berkaliber dan tangkas dalam kerja tetapi tidak digemari oleh kebanyakan rakan sekerja kerana sikapnya yang suka menunjuk dan berlagak. 
Sarah seorang ejen yang tidak digemari oleh rakan sekerja

Bagi melayakkan dirinya untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat, atasan Sarah telah mengarahkan beliau untuk menyelesaikan satu kes dadah yang besar di Boston.
Pertembungan di antara dua insan yang tegas serta berbeza dari segala aspek

Di Boston, Sarah terpaksa bekerjasama dengan Detective Shannon Mullins yang sangat kasar perwatakan sehinggakan ketuanya sendiri menakuti Detective Shannon.

Cara soalsiasat yang digemari oleh Det. Shannon 
Dua perwatakan yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang berbeza menyaksikan babak pertelingkahan yang melucukan di antara kedua-duanya.
Agent Sarah dijadikan sebagai umpan untuk memerangkap penjenayah
Walaubagaimanapun, dengan kebijaksanaan kedua-duanya, mereka terpaksa bergabung tenaga dan menolak tepi ego masing-masing bagi menjayakan misi mereka kali ini.
Gabungan dua insan penguatkuasa yang sangat merbahaya

  • Adakah gabungan mereka akan berjaya dalam membanteras jenayah ini?
  • Apakah kisah di belakang sikap kedua-dua penegak keadilan ini yang menyebabkan mereka menjadi kasar dan tegas?

Penilaian terhadap The Heat :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Plot penceritaan yang bijak, ringan serta bersahaja. Jalan cerita tidak membosankan dan menyebabkan seluruh panggung tidak kering gusi sepanjang penceritaan. Diselitkan juga sedikit isu kekeluargaan dan setiakawan di dalam penceritaan. Walaubagaimanapun, beware jika membawa anak-anak menonton kerana penggunaan kata-kata yang dewasa agak berleluasa di sepanjang wayang ini. 

Penghayatan : 4.9/5.0. Sandra dan Melissa adalah Queens of Comedy! Memang terbaik dari segi penghayatan! Termasuk juga watak-watak sokongan yang membantu menghangatkan lagi wayang ini.


Will I watch it again 
Yes and I will buy the DVD too!


Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

4 Comments

  1. Kenapa kamu nampak pucat? Muahahahahaha- the heat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muahahahahahaha.... Scene paling lawak dan sadis kan @Macikz Konah

      Delete
  2. movie ni antara yg wajib tgk..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com