RFSG - Busana Raya Terbaik


Salam Ramadhan semua.
Dah siap membeli baju raya untuk kaum keluarga ke?

Ada yang membeli online, ada yang beli terus.
Bergantung pada masing-masing.

Bagi saya pula, saya lebih berkenan beli terus.
Takut kalau takde saiz sebab saya nie rendah je orangnya.

Tahun nie jubah seakan-akan menjadi pilihan hangat di kalangan lelaki.

Saya pun tidak ketinggalan.

Selepas mencari di atas talian dan berkenan dengan design yang ditunjukkan, saya pun menghubungi pemilik butik Rahim Simon Fashion Gallery.
Selepas mendapat alamat penuh butik beliau di Taman Tasik Permaisuri, saya terus mengajak Jae Hashim ke butik beliau.

Tak susah pun mencari butik itu.
Butiknya terletak di atas Public Bank je.

Alamat dia seperti berikut :
No.99-2, Jln Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tell:03-91740184 / 012-2023312

Bagi wanita memang banyak pilihan busana muslimah di sini.
Lelaki plak tak berapa banyak sebab dah kehabisan.

Dimaklumkan akan ada stok baru yang akan sampai selepas raya.

Meh tengok apa yang ada di dalam butik nie.
Aksesori dan kasut pun dia jual
Jubah lelaki yang ada
Sesi camwhoring
Model RSFG ye
Abang Rahim. Thanks tau layan kami
Kalau jubah kan biasanya harga dia mesti mahal kan?

Di sini lain plak halnya.

Dah la kain dia memang selesa dipakai, harganya pula murah.
Pastu Abang Rahim nie boleh diajak berunding plak tu.

Sudahnya saya terbeli 3 pasang jubah!
Hik hik hik

Terima kasih Abang Rahim


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 

E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

0 Comments