Pacific Rim : The Review


Sesiapa yang membesar dengan menonton Ultraman, Gaban, Transformers mesti suka bila menonton Pacific Rim.
Setelah bersedih sebab Nuffnang mahupun ChurpChurp tidak menjemput saya untuk menonton premiere screening dia, maka saya pergi menonton bersendirian.

Walaupun bersendirian, tetap enjoy!

SINOPSIS
Berlatarbelakangkan masa hadapan, dunia menghadapi ancaman daripada serangan makhluk asing yang dikenali sebagai Kaiju. Menariknya setiap kaiju ini seakan-akan mempunyai gabungan dua atau lebih hidupan di bumi (seperti gabungan dinosour dan kelawar serta ular).
Thanks to Google for the pics of Kaijus
Dan menariknya, kaiju ini menyerang bukan dari angkasa lepas tetapi dari Lautan Pasifik.
Serangan kaiju ke seluruh dunia menyebabkan penduduk bumi bergabung dan membina Jaeger, iaitu robot yang besar bagi memberi serangan balas kepada kaiju ini.
Raleigh dan Mako dalam Gypsy Danger
Jaeger hanya boleh dioperasi oleh dua orang pemandu melalui gabungan neural kedua-duanya.

Walaubagaimanapun, semakin Jaeger berevolusi, kaiju yang menyerang juga semakin bijak mengatasinya.
Gypsy Danger
Kaiju yang memuntahkan asid
Kaiju yang mampu memutuskan semua litar perhubungan dan tenaga dengan serangannya
Cherno Alpha diserang hendap oleh dua kaiju
Yancy dan Raleigh Beckett adalah dua orang pemandu Jaeger yang dikenali sebagai Gypsy Danger dan telah banyak menumbangkan kaiju. Di dalam satu misi, Yancy telah terbunuh dan ini menyebabkan Raleigh patah semangat dan trauma untuk terus memandu Jaeger. Raleigh terus menghilangkan diri.
Aksi pertarungan di udara
Pemimpin-pemimpin dunia bercadang untuk menghentikan operasi menggunakan Jaeger dan membangun tembok tinggi di sekeliling bandar penempatan yang dikenali sebagai Wall of Life. Tembok ini dikatakan mampu menyekat serangan Kaiju.
Serangan kaiju di Sydney
Apabila kaiju menyerang dan memusnah tembok itu di Sydney, pasangan anak beranak Hansen yang memandu Jaeger yang digelar Striker Eureka berjaya membendung serangan itu dan membunuh kaiju tersebut.
Dr Geittlebb dan Dr Geizler yang sentiasa bertelagah
Kesemua pemandu jaeger diarahkan berkumpul di Hong Kong untuk merancang strategi serangan terhadap kaiju yang dijangka akan menjadi lebih hebat. 

Ini berdasarkan hipotesis oleh Dr. Geittlebb dan Dr. Geizler bahawa tempoh masa di antara serangan kaiju semakin berkurangan dan dijangka bahawa pada satu ketika, akan ada 3 ekor kaiju yang menyerang bumi dan dijangka pasukan pertahanan bumi tidak akan bertahan melainkan mereka menyerang laluan utama kemasukan kaiju iaitu portal di Lautan Pasifik tersebut.

Apakah tujuan serangan kaiju terhadap bumi ini?
Berjayakah pertahanan bumi menyerang balas serangan kaiju yang semakin berevolusi?
Berjayakan portal laluan kaiju dimusnahkan?


Penilaian terhadap Pacific Rim :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Jalan penceritaan yang kemas dan simplistic. Tidak berat dan tidak membosankan. Tapi mungkin saya sedikit berat sebelah sebab saya memang suka cerita-cerita yang melibatkan makhluk asing! Hehehe.

Penghayatan 4.9/5.0. Penghayatan Mako Mori mungkin ada sedikit kaku tetapi lakonan yang lain memang terbaik.  


Will I watch it again 
: YES! YES! YES!



Haiqal Rawlins 

012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

12 Comments

  1. waaahhhh... rating yang tinggi... macam nak tengok je nanti.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @KiD : memang layak sebab saya pun rasa nak pergi lagi

      Delete
  2. Jom pergi nonton...lepas raya ada lagi kot...

    ReplyDelete
  3. salam bro... gua ada join bloglist blog bro dan sudi2lah join bloglist blog gua balik :).. nice entri ttg review filem pacific rim.. mmg terbabik, kesan khas yang menggemparkan.. rasa macam filem ttg ultraman pada awalnya tetapi karya hollywood lebih meletup dgn inovasi idea yg lebih canggih serta logikal utk diketengahkan.. mmg awesome! 5 bintang gua kasi utk filem ni... salam perkenalan www.terryrottenblog.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @terry rotten for the comment. Salam perkenalan dari saya juga.
      Penyertaan ke bloglist saudara akan menyusul.

      Delete
  4. suka dengan review dari haiqal rawlins glam. details! tersusun dan ikut sequence. nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks @sarah mohamad sebab sudi baca entry saya. Teruskan membaca ye.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com