Selain suka menonton wayang-wayang berkenaan superhuman dan galaxy adventures, saya juga gemar menonton/ membaca/ mendengar kisah-kisah seram.
Poster yang ngeri
Apabila dijemput oleh Nuffnang untuk menonton Premiere Screening bagi cerita The Conjuring, tanpa teragak-agak saya bersetuju.

The Conjuring ini adalah berdasarkan kisah benar hasil siasatan oleh Ed dan Lorraine Warren, ahli pengkaji aktiviti paranormal yang terkenal. Mereka telah terlibat dalam banyak kes paranormal dan kes ini dianggap terlampau menyeramkan sehingga mereka terpaksa mendiamkannya.

SINOPSIS
Keluarga Perron
Keluarga Perron telah berpindah ke rumah ladang yang lama di Rhode Island. Pada hari pertama, anjing mereka terpaksa diikat di luar rumah kerana tidak mahu masuk ke dalam rumah dan asyik menyalak.
Ed dan Lorraine menjalankan penyiasatan
Lima anak gadis Perron bermain sembunyi yang digelar "Hide and Clap" dan secara tidak sengaja terjumpa laluan ke ruang bawah tanah yang dipenuhi perabot-perabot lama.
Gangguan pada anak-anak Perron
Apabila bangun keesokan pagi, didapati terdapat kesan-kesan lebam di badan Carolyn (ibu) dan anjing mereka juga telah mati. Apabila bersendirian di rumah bersama anak bungsunya, Carolyn mendapati seakan-akan ada orang lain yang berada di rumah itu dan anak bungsunya bercakap dengan seseorang yang dikenali sebagai Rory.
Lorraine cuba berhubung dengan Rory
Serangan entiti gelap terhadap keluarga Perron bermula dengan serangan mahkluk wanita tua kepada anak sulung beliau.
Pertemuan pertama Warren dan Perron
Setelah tidak bertahan dengan serangan itu Carolyn memohon bantuan daripada Ed dan Lorraine untuk menyiasat kejadian-kejadian aneh di rumah mereka.
Lokasi Bathsheba menggantung diri
Lorraine dapat merasakan bahawa terdapat roh-roh jahat dan entiti hitam yang telah melekatkan dirinya kepada keluarga Perron dan berniat tidak baik terhadap keluarga itu.
Lorraine berkeras untuk membantu tetapi Ed agak keberatan untuk melibatkan Lorraine memandangkan beliau mudah terkena gangguan setiap kali penyiasatan mereka.
Patung berhantu Annabelle dan roh Bathsheba mengusik anak Ed dan Lorraine Warren
Ed dan Lorraine bersetuju membantu dan mencuba mendapatkan bukti kukuh bagi mendapatkan kebenaran dari Vatican untuk melaksanakan exorcism di rumah tersebut.
Carolyn yang telah dirasuk
Pelbagai kejadian ngeri dan aneh yang terjadi di sekitar rumah itu dirakam dan diserahkan kepada gereja berhampiran.


Walau bagaimanapun, kelulusan daripada Vatican akan mengambil masa dan roh jahat yang dikenali sebagai Bathsheba telah merasuk Carolyn.


Bathsheba dipercayai adalah seorang ahli sihir yang telah mengorbankan anaknya yang berusia 7 hari dan menyumpah akan membunuh sesiapa sahaja yang menduduki tanah beliau sebelum dia membunuh diri.

Carolyn diheret ke ruang bawah tanah
Roh Bathsheba yang merasuk Carolyn juga cuba untuk mengorbankan anaknya.

Adakah Lorraine cukup kuat untuk menangani serangan kali ini?
Kenapa Bathsheba begitu berdendam kepada keluarga Perron?
Siapakah Rory?
Berjayakan Ed dan Lorraine menyelamatkan keluarga Perron daripada menjadi mangsa kepada Bathsheba?

Penilaian terhadap The Conjuring :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Jalan penceritaan yang padat dan tersusun. Walaupun saya menganggap diri saya seorang yang agak berani, tetapi garapan jalan cerita The Conjuring menyebabkan saya menjadi seram sepanjang tayangan.

Penghayatan : 5.0/5.0. Lakonan memang terbaik. Penghayatan adalah terbaik juga. Jeritan sentiasa kedengaran di sepanjang tayangan kerana memang sangat menyeramkan.  


Will I watch it again 
: YES! and I will buy the DVD too. Tapi akan tonton waktu siang sahaja.




Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Salam Ramadhan semua.
Dah siap membeli baju raya untuk kaum keluarga ke?

Ada yang membeli online, ada yang beli terus.
Bergantung pada masing-masing.

Bagi saya pula, saya lebih berkenan beli terus.
Takut kalau takde saiz sebab saya nie rendah je orangnya.

Tahun nie jubah seakan-akan menjadi pilihan hangat di kalangan lelaki.

Saya pun tidak ketinggalan.

Selepas mencari di atas talian dan berkenan dengan design yang ditunjukkan, saya pun menghubungi pemilik butik Rahim Simon Fashion Gallery.
Selepas mendapat alamat penuh butik beliau di Taman Tasik Permaisuri, saya terus mengajak Jae Hashim ke butik beliau.

Tak susah pun mencari butik itu.
Butiknya terletak di atas Public Bank je.

Alamat dia seperti berikut :
No.99-2, Jln Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tell:03-91740184 / 012-2023312

Bagi wanita memang banyak pilihan busana muslimah di sini.
Lelaki plak tak berapa banyak sebab dah kehabisan.

Dimaklumkan akan ada stok baru yang akan sampai selepas raya.

Meh tengok apa yang ada di dalam butik nie.
Aksesori dan kasut pun dia jual
Jubah lelaki yang ada
Sesi camwhoring
Model RSFG ye
Abang Rahim. Thanks tau layan kami
Kalau jubah kan biasanya harga dia mesti mahal kan?

Di sini lain plak halnya.

Dah la kain dia memang selesa dipakai, harganya pula murah.
Pastu Abang Rahim nie boleh diajak berunding plak tu.

Sudahnya saya terbeli 3 pasang jubah!
Hik hik hik

Terima kasih Abang Rahim


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 

E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 
Pada 20 Julai 2013, bertempat di JW Marriot BUkit Bintang, segerombolan GLAMpreneurs membanjiri aras 4 untuk majlis Iftar GLAM.

Seramai 260 orang GLAMpreneurs yang hadir pada hari itu.
Keadaan di dalam dewan ketika iftar
The main table, menempatkan Founders of GLAM dan wakil syarikat
Of course, terus penuh satu dewan untuk menempatkan kami semua.
Yang istimewanya adalah ada wakil syarikat yang hadir sama pada iftar ini.
Satu ucapan beliau yang sangat membakar semangat adalah "GLAM adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan bulanan Hai-O dan sentiasa konsisten."

Wow!
Kalau tak betul, takkan dia berani keluarkan kenyataan begitu kan?
So, memang tak salah saya memilih GLAM.
Ucapan pembakar semangat dari wakil syarikat

Berbalik kepada iftar, menu dia memang terbaik pada saya.
Pilihan makanan memang banyak sehingga saya menjadi keliru untuk memilih makanan.
NI sebahagian kecil je saya ambil, ada lagi tapi tak sanggup nak letak. Hehehhe
Sudahnya, semua saya bantai ambil.

Hehehehe.

Satu lagi yang saya sangat-sangat gembira adalah kerana dapat iftar bersama teman-teman bisnes saya.
Dahulu solo, sekarang dah ada teman semeja.
Bersama sebahagian daripada #titaniumglam. InshaAllah akan bertambah lagi
Syukur sebab kemajuan yang saya kecapi sekarang.
Dalam GLAM memang leader akan bantu sampai berjaya.
Bersama Hanis Haizi, Hot Mama yang menggenggam pendapatan bulanan 6-angka dan juga my leader/ icon/ idola
Razali Zain adalah pakar strategi yang tidak segan berkongsi ilmu

Sebahagian daripada #GLAMLelaki
We work hard, we also play hard!
Nak join GLAM untuk next glamorous event?

You know what to do.
Just contact me.
Untuk meninjau album, lawati laman ini >> Iftar GLAM
Photoshoot ker?
Alia bersama CDM Maisarah
#titaniumglam
We are the GLAMpreneurs!
Haiqal Rawlins 
012.280.1977 

E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 
Terima kasih ChurpChurp sebab menjemput saya menonton premiere screening untuk Red 2.
R - Retired
E - Extremely
D - Dangerous
So, kita tau la kan wayang nie pasal hero-heroin yang menjangkau usia warga emas.
Saya suka sebab stunt dia pada yang pertama adalah menakjubkan!

SINOPSIS
Frank Moses dan Sarah Ross kini mencuba untuk menjalani hidup normal sebagaimana pasangan yang lain.
Victoria sedang menghapuskan bukti tugasan beliau
Semua itu berubah apabila Marvin mencari Frank semula dan memaklumkan bahawa mereka telah dituduh sebagai pengganas nuklear dan sangat dikehendaki oleh semua pihak.

Frank tidak mempercayai Marvin dan cuba melarikan diri agar boleh menjalani kehidupan yang biasa.
Cubaan Han untuk membunuh Frank dan Marvin
Marvin dan Frank melarikan diri dari tembakan Han

Selepas kejadian kenderaan Marvin diletupkan, Frank ditangkap serta disoalsiasat dan ketiga-tiga mereka hampir menjadi mangsa bunuh, Frank terus berubah dan mula mencari cara untuk melarikan diri.

Cubaan Victoria untuk membunuh Frank dan Marvin
Apabila Victoria memaklumkan bahawa MI6 telah menawarkan kontrak kepadanya untuk membunuh Frank dan USA telah mengupah Han untuk membunuh Frank dan Marvin, Frank terus menjadi serius dan cuba merungkai punca masalah yang melibatkan dirinya itu.

Untuk berbuat demikian, Frank dan Marvin terpaksa bergabung dengan Victoria dan mencuba menjejaki punca masalah yang dikenali sebagai alat nuklear Nightshade itu ke merata dunia.
Miranda bertemu dengan kumpulan Frank di Russia
Kunjungan ke Russia menemukan Frank dengan Miranda Wood, ejen Russia yang pernah menjadi kekasih Frank dan digelar sebagai kriptonit kepada Frank.
Miranda merubah penampilan diri
Sarah yang merasa terancam dengan kehadiran Miranda bertindak merubah penampilannya dan juga perwatakannya agar lebih menarik perhatian Frank.

Aksi stunt Victoria bersama Han dalam kereta
Pencarian kumpulan ini berakhir dengan penemuan Dr Bailey yang disangkakan telah dibunuh tetapi sebenarnya telah dikurung selama 32 tahun. Tetapi Dr Bailey mempunyai ingatan yang tidak jelas dan kadang-kala merapu.

Adakah Dr Bailey dapat menunjukkan di mana letaknya Nightshade?
Apakah Sarah dapat mengatasi Miranda dalam perebutan Frank?
Dapatkah Han membunuh Frank yang merupakan musuh ketat beliau?

Penilaian terhadap Red 2 :
Plot penceritaan : 4.5/5.0. Jalan penceritaan yang jelas dan tidak melalut. Tetapi penekanan kepada pembangunan watak-watak baru agak menjejaskan elemen aksi yang pernah hadir dalam siri terdahulu. Watak Victoria hanya hadir di dalam beberapa babak dan tidak sehebat siri terdahulu. Tetapi babak stunt menggunakan kereta berpusing adalah babak terbaik Victoria. Frank juga seakan-akan perlu Retired sebab penekanan lebih kepada beliau mencuba untuk membaiki hubungannya dengan Sarah.

Penghayatan 4.5/5.0. Penghayatan pelakon-pelakon veteran yang terlibat tidak dinafikan adalah terbaik tetapi agak kurang bersahaja.  


Will I watch it again 
Saya akan membeli DVD nya.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 
Kalau nak ikutkan, saya memang pernah melancong ke Melbourne dan Sydney, Australia pada 2010. 
Banyak ribu juga duit habis walaupun menetap di Malaysia Hall.
Jom tengok kangaroo!
Kemudian pada 2011, pergi ke Brisbane atas urusan kerja pula.
Kali ini pun sama, kena dahulukan duit sendiri kemudian claim, tapi boleh claim yang rasmi je la.
So, kesudahannya tidak berapa nak enjoy sebab kekangan kewangan.
Dalam trip ini, kami dibawa singgah sebentar di Gold Coast.
Memang sangat sekejap. 
So, lalu je la kan bandar dia dan terus dapat rasakan Gold Coast memang tempat yang best.
Terus menyimpan hasrat nak menabung untuk trip melancong ke sini, katanya.

Mana taknya.
Ada banyak lokasi menarik untuk dilawati di sini tau.
Ada banyak 'world' kat sini tau.
Sebahagiannya adalah Dream World, Sea World, Movie World, White Water World, Wet & Wild, Currumbin Wildlife Sanctuary, Paradise Country dan banyak lagi.
Now, syarikat umumkan next trip ke Gold Coast.
Seakan-akan memenuhi keinginan saya pula.

Tapi sesungguhnya memang kebanyakan keinginan saya telah dapat ditunaikan semenjak menyertai GLAM.
Syukur sebab rezeki yang murah bersama GLAM.
Bimbingan 24 jam oleh mentor yang dedikasi berserta pelan perniagaan yang telus dan mudah untuk dilaksana membantu saya merealisasi kebanyakan keinginan saya.
Seronok kan kalau dapat pergi menikmati semua ini?

Sepertimana yang saya katakan pada entry yang lepas, semuanya ditanggung oleh syarikat.
Pergi dengan membawa diri dan duit untuk shopping je.
Bayangkan diri anda di sini dalam FB dan IG anda?
Anda akan diterbangkan secara percuma dan berada di sini tahun depan (2014) dengan hanya menghubungi nombor saya di bawah ini.
That call could be a start of a new and wonderful life that you have always dreamed of!


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam