After Earth : The Review


Lama dah tak nampak Will Smith berlakon kan.
So, apabila Nuffnang jemput untuk menonton After Earth, lakonan bersama dengan anaknya Jaden Smith, memang tidak saya sia-siakan peluang itu.

SINOPSIS
Nova Prime
Bumi telah lama ditinggalkan oleh manusia dan kini telah menetap di sebuah planet baru yang dikenali sebagai Nova Prime.
Makhluk hudug Ursa
S'krell, sebuah bangsa makhluk asing, berusaha untuk menawan Nova Prime dengan menggunakan Ursa, makhluk pemusnah yang tidak mempunyai mata dan menyerang berdasarkan penjejakan 'rasa takut' pada mangsanya.

General Cypher Raige dari The Ranger Corps telah berjaya mengalahkan Ursa dengan menggunakan teknik 'ghosting' iaitu menghilangkan perasaan takut sehingga tidak dapat dijejaki oleh Ursa.

Kitai, anak kepada Cypher, pula mengalami masalah keyakinan diri apabila gagal dalam ujian kelayakan sebagai renjer The Ranger Corps. Dia yang masih menyalahkan diri di atas kematian kakaknya berusaha keras untuk dinaikkan pangkat kepada renjer tetapi gagal.
Father-son bonding time yang kurang menyelesakan bagi General
Ursa yang dikurung dan dibawa bersama dalam kapal angkasa untuk latihan
Faia, ibu kepada Kitai, mengesyorkan agar General Cypher membawa Kitai bersama-sama ke misi latihan renjer. Seekor Ursa juga turut dibawa bersama untuk dijadikan subjek latihan.
Dalam perjalanan itu, kapal angkasa yang dinaiki telah jatuh terhempas ke Bumi, iaitu planet yang telah diklasifikasikan sebagai Kuarantin Kelas -1. Seluruh hidupan di Bumi telah berevolusi menjadi ganas serta suhu di Bumi boleh berubah mendadak.
Kitai berlari bagi mengelakkan perubahan suhu yang mendadak
Take a knee and evaluate the surrounding
Kedua-dua kaki General Cypher telah patah dan anak-anak kapal yang lain semuanya mati manakala kapal angkasa telah terputus dua. Homing beacon di bahagian kokpit kapal telah rosak dan mereka perlu mendapatkan satu lagi homing beacon yang berada di ekor kapal angkasa yang telah terputus.
Bagi mendapatkan bantuan dengan menggunakan homing beacon, Kitai terpaksa menjejak ekor kapal angkasa yang terputus dan terjatuh sejauh 100 km daripada lokasi mereka terhempas. 
Penemuan alat bantuan penafasan

Ketika bertarung dengan Ursa
Di sini berlakunya peperangan dalaman pada diri General Cypher untuk melepaskan Kitai yang dianggap belum cukup bersedia dan juga keinginan untuk menyelamatkan kedua-duanya.
General terpaksa meletakkan kepercayaan terhadap diri Kitai dan latihan yang pernah Kitai jalani.
Adakah Kitai berjaya mendapatkan homing beacon tersebut sebelum bekalan bantuan pernafasan habis?Adakah Kitai mampu mempertahankan diri apabila berhadapan dengan hidupan Bumi yang liar dan bertindak untuk membunuh?Adakah Kitai berjaya mengalahkan Ursa?Adakah General Cypher yang mengalami pendarahan berjaya diselamatkan?
Penilaian terhadap After Earth :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang kemas dan memang engaging. Pada yang mengjangkakan cerita ini berbentuk aksi, anda akan kecewa kerana ia lebih merupakan filem berkenaan kekeluargaan. Ada juga babak aksi yang diselitkan dan sememangnya menyebabkan adrenalin bergerak laju.  

Penghayatan : 4.8/5.0. You guys better watch out for Jaden Smith because he is Will's direct copy! Lakonan dia memang menjadi dan penghayatan dia memang menyentuh perasaan. 


Will I watch it again 
: Yes I will



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

0 Comments