GI Joe Retaliation (3D): The Review



OMG
OMG

Bestnyer dapat menonton GI Joe Retaliation!
Thanks to Nuffnang sebab bagi free tix untuk premiere nie!
in 3D plak tu!
Memang ditunggu-tunggu..

SINOPSIS
Kumpulan GI Joe yang diketuai oleh Kapten Duke telah dihantar ke Pakistan untuk merampas war heads milik US di sana dan dibawa kembali ke US bagi mengelakkan perang nuklear.

Jinx dan Snake Eyes sedang menjalani latihan

Zartan, yang telah menyamar sebagai Presiden US menggunakan teknologi  nanomites, telah mengarahkan agar kumpulan ini dihapuskan dengan alasan telah berpaling tadah.

Strategi ini digunakan untuk mengeluarkan Komander Cobra dari tahanan.
Storm Shadow menyamar sebagai Snake Eyes bagi memecah masuk ke penjara yang digunakan untuk menahan Komander Cobra.
Setelah berjaya mengeluarkan Komander Cobra, mereka meneruskan rancangan untuk menakluki dunia dengan menghapuskan ancaman nuklear dari semua negara yang memiliki simpanan nuklear.
Aksi ninja yang terbaik!

Setelah itu, Cobra mengancam untuk memusnahkan kesemua negara itu dengan menggunakan senjata baru yang boleh memusnahkan setiap negara dengan kuasa kerosakan 14X ganda lebih berbanding kerosakan oleh nuklear.
Perbincangan strategi untuk melumpuhkan Cobra

Dapatkan GI Joe memusnahkan rancangan Conra untuk menakluki dunia?
Kenapa Storm Shadow bekerjasama dengan GI Joe pada misi ini?

Penilaian ials terhadap GI Joe Retaliation (3D) :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Plot penceritaan yang tidak berat dan penuh babak aksi. Penceritaan semula berkenaan sejarah di sebalik watak juga merungkai twist yang ada di dalam movie ini.

Penghayatan : 4.8/5.0. 
 Dah action movie, memang banyak action la kan! Yang penting, aksi-aksi ninja oleh Jinx dan Snake Eyes di pergunungan memang terbaik.

Will I watch it again 
: Yes and will buy the DVD untuk simpanan!




Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo

E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments