Apa hal tu Rawlins GLAM oiii?

Menjamu harimau?
Menjamu selera selalu la dengar, manakala menjamu tetamu itu sungguh baik tingkah lakunya.
Tetiba plak menjamu harimau!

Hehehehe.

Sebenarnya last weekend, Blooggers Dot Com menjemput saya dan lagi 7 orang rakan (Tatie, Eida, Atika, Macik Konah, Jae Hashim, Liyana dan Seth) untuk menjamu harimau di A' Famosa Resort!
Credits to A' Famosa Resort
Thanks to Blooggers Dot Com dan A' Famosa Resort kerana memberikan kami peluang untuk merasai tarikan-tarikan terbaru yang diperkenalkan di A' Famosa Resort.
Seawal 8:30 pagi, dengan menggunakan kenderaan dari A' Famosa Resort, kami dibawa bergerak ke lokasi dari Menara Safuan, Jalan Ampang.
Yes, trip kali ini ditaja sepenuhnya - makan, minum, pengangkutan!
Sampai di sana kami disambut oleh Zac yang memang peramah dan memang memberi layanan First Class!

Setelah sedikit penerangan berkenaan kerja penambahbaikan yang sedang dijalankan di A' Famosa Resort, kami terus dibawa menaiki Shuttle ke Safari Wonderland.
 Seronok plak bila melihat binatang dilepaskan bebas di dalam kawasan itu.
At least diorang tak terkurung kan.

Apabila sampai di kawasan harimau, kami berhenti dan dibawa masuk ke dalam kawasan harimau.
Zac kata, nak bagi makan kat harimau!
Kojo gilo ko Jang oii?

Sebenarnya, Tiger Encounter Program adalah tarikan terbaru di A Famosa Resort.
Tiger Encounter Program ini membolehkan kita menyaksikan sang raja rimba ini secara dekat dan boleh pula memberikan mereka makanan kegemaran mereka, iaitu daging segar!

Memang dekat kerana kita hanya dipisahkan oleh pagar.
Jangan risau, ada renjer yang menemankan kita ketika memberikan makanan kepada sang raja rimba dan pagar itu dijamin kukuh!

Dalam kandang tersebut, ada tiga ekor harimau yang adik beradik iaitu Shira, Nina dan Bobby.

Shira dari awal lagi dah menghampiri kandang kami.
Takut gila!

Kami dimaklumkan bahawa setiap seekor boleh menghabiskan 10 kg ayam dalam masa kurang dari 5 minit.

Lagi ngeri!

Kemudian, kami diberikan peluang untuk memberi makan kepada Shira.

Of course saya tak berani!

Tapi kawan-kawan yang lain memang berani!
Eida siap macam nak menyandar kat pagar tu sebab nak bergambar dengan Shira.

Ada satu kejadian di mana Shira seakan berlari ke arah Eida menyebabkan saya menjerit!

Tapi lama-kelamaan saya beranikan diri untuk memberi makan kepada Shira.
Memang pengalaman yang sangat mengujakan!

Saya difahamkan oleh Zac bahawa pengunjung boleh melalui pengalaman yang sama dengan membayar RM50 di pintu masuk untuk menjamu sang harimau dengan sebakul daging segar!

So, bila lagi nak merasai pengalaman memberi makan kepada sang raja rimba kan?
Nak tahu lebih lanjut, just layari A' Famosa Resort (Website / Facebook) atau boleh call terus untuk maklumat lanjut (03.2781.8888/06.552.0888)

Setelah puas memberi makan kepada Shira dan bergambar sakan dengan Bobby, kami dibawa beredar dari situ untuk menikmati Colors of The Birds Program sebelum menjamu selera di Lake View Restaurant.

Makanan memang superb!

Berikutnya kami dibawa pergi merasai THE BIG & BEST ICE CREAM pula.

Apa itu?
Apa yang big?
Apa yang best?

Nantikan next entry saya!

Jika anda ingin merasai pengalaman melancong sepertimana saya, lawati je Blooggers Dot Com #BlooggersDotCom / @blooggers

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Wah!
Agak lama kan tak menonton lakonan Keanu Reeves di layar perak (the ones that counts la kan, Tai Chi Man tak masuk list pun).

Thanks Churp-Churp sebab menjemput saya untuk menonton Churpremiere untuk 47 Ronin, sebuah kisah yang dibangunkan dari kisah benar perjuangan 47 samurai pada abad ke-18 di Jepun.

SINOPSIS
Kai adalah anak luar nikah kepada seorang kelasi British dan gadis Jepun. Ketika kecil, Kai melarikan diri daripada sekumpulan demonic warrior.
Demonic warrior yang membesarkan Kai
Kai diselamatkan oleh Lord Asano dan dibesarkan bersama-sama anak beliau, Mika.
Mika mula menyukai Kai dan jatuh cinta pada Kai.

Tetapi memandangkan Kai digelar 'half-breed', Kai dipandang hina oleh masyarakat sekitar.

Apabila Shogun melawat kawasan Lord Asano, Kai telah menggantikan seorang samurai dalam pertandingan pedang. Apabila Kai kalah dan diketahui bukan seorang samurai yang layak untuk bertanding, Kai telah dihukum dan Shogun telah menghukum Lord Asano dengan hukuman bunuh.

Keseluruh samurai di bawah seliaan Lord Asano telah dibuang daerah manakala ketua samurai, Oishi telah dipenjarakan di bawah tanah. 
Kai dijual kepada kapal pedagang manakala Mika pula telah diberikan tempoh berkabung selama setahun sebelum dikahwinkan dengan Lord Kira.

Apabila Oishi dibebaskan, dia berusaha mengumpulkan semua ahli samurai.
Kemudian dia mencari Kai kerana dia mengetahui keupayaan berlawan pedang yang dimiliki oleh Kai adalah sangat tinggi.

Adakah Kai dan Oishi boleh bergabung dalam menentang dan menumbangkan Lord Kira?
Kai menentang Mizuki, ahli sihir yang boleh berubah rupa
PENILAIAN
Plot : 4.5/5.0. Jalan cerita yang tidak berat. Tetapi banyak penekanan kepada mainan emosi oleh Kai, Mika dan Oishi. Ada masanya menjadi agak bosan kerana lebih banyak drama daripada aksi.

Penghayatan : 4.5/5.0. Penghayatan oleh Keanu Reeves sebagai nama yang besar di industri perfileman boleh dipertingkatkan lagi. Lakonan yang menjadi adalah Mizuki sebagai seorang ahli sihir yang kejam dan Oishi, sebagai seorang samurai yang berdendam di atas kematian tuannya.

Will I Watch It Again :I will buy the DVD sebab watak Mizuki best!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Wah!
Teruja giler occay!

Hari itu, masa A Beautiful day with GLAM, dah tengok koleksi Rizman Ruzaini.
So bila CDM +Hanis Haizi maklumkan yang Rizman Ruzaini menjemput GLAm untuk hadir ke private collection preview dia, memang tak menang tangan saya nak pergi kan!

Bertempat di Black Box Publika pada 21 Disember 2013, saya bersama rakan-rakan bisnes telah berpeluang menyaksikan dua koleksi yang dihasilkan oleh Rizman Ruzaini.

Yang paling best adalah salah satu daripada koleksi itu diilhamkan oleh penyanyi kegemaran No. 1 saya, Ziana Zain!
Oh Kak Ziana!

Malam itu kami disajikan dengan dua koleksi iaitu ZZforRR (Ziana Zain for Rizman Ruzaini) dan Petals, koleksi busana pengantin.

Memang teruja tengok fesyen yang direka oleh RR nie.
Dah la GLAM dapat third row from the runway.
Terasa macam artis Hollywood menyaksikan New York Fashion Show pula.

Nak tengok fesyen-fesyen RR nie?

Koleksi ZZforRR

Koleksi Petals

Teringin tak semua?
Hehehehe...

Ada berita gembira untuk semua fashion enthusiast nie
Rizman Ruzaini pada malam itu juga telah melancarkan laman web www.RizmanRuzaini.com.


Melalui laman web ini, semua boleh memilih fesyen yang diminati, mengambil ukuran sendiri dan kemudian, Rizman Ruzaini akan merekanya dan menghantar busana anda ke depan pintu rumah anda!
Yang paling penting, jauh lebih MURAH daripada datang sendiri ke butik Rizman Ruzaini!

So, tunggu apa lagi?
Cepat-cepat la lawat www.RizmanRuzaini.com untuk menempah baju pujaan hati anda.

Rizman memaklumkan laman web ini akan beroperasi sepenuhnya pada Mac 2014 manakala pre-order boleh dibuat mulai Januari 2014.

Banyaknya artis yang hadir pada malam itu.
Sebahagian yang saya kenal seperti Kilafairy, Rohana Jalil, Izara Aishah (dia Icon untuk koleksi Petals) dan juga Stailista.

Yang paling penting, Ziana Zain!
Heheheheh!
Terus terasa tak sabar nak tengok the next fashion show!

GLAM kan?

Jom join saya in my journey in the GLAM lane!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Bila terbaca jemputan dari Nuffnang untuk Premiere Screening "Walking With Dinosours - The Movie" terus teringat betapa teringinnya diri ini suatu masa dulu untuk menonton dokumentari Walking With Dinosours yang disiarkan oleh BBC.

So, bila dapat jemputan, memang saya tak lepaskan. Thanks Nuffnang!

SINOPSIS
Wayang ini mengisahkan perjalanan hidup seekor Pachyrhinosaurus bernama Patchie yang membesar sebagai seekor dinosour yang terkecil di kalangan ahli keluarganya. Abangnya, Scowler merupakan seekor Pachyrhinosaurus yang besar dan kuat dan sering membuli Patchie.
Dia berkawan dengan burung Alexornis yang bernama Alex.

Pada satu kejadian, ketika Patchie masih kecil, telinganya berlubang selepas digigit oleh dinosour pemangsa dan ciri ini menjadikan dia unik.

Apabila tiba masa untuk berhijrah ke kawasan yang panas, kumpulan dinosour yang diketuai oleh ayah Patchie telah terperangkap di dalam hutan yang terbakar.
 Dalam keadaan cemas, Patchie dan Scowler telah terpisah daripada keluarga mereka.
Apabila seekor T-Rex hampir menjadikan kedua-duanya mangsa, ayah Patchie datang menyelamatkan mereka. Tetapi beliau terbunuh di dalam usaha menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.

Patchie dan Scowler yang kini menjadi yatim piatu hanya mengikut Major, ketua baru kumpulan dinosour berhijrah.

Apabila tiba di satu lokasi, Patchie bertemu dengan Juniper, Pachyrhinosaurus betina yang menyukai kelainan pada Patchie. Mereka mulai rapat.

Scowler membesar menjadi seekor Pachyrhinosaurus yang besar dan kuat manakala Patchie masih lagi kecil berbanding yang lain. Tetapi Patchie adalah dinosour yang bijak.

Apabila terjadi perbalahan di antara Scowler dan Patchie, mereka terpaksa menyelesaikan dengan kaedah pergaduhan yang menyebabkan Patchie kalah dan dihalau keluar dari kumpulannya. Ini juga menyebabkan Juniper terpaksa mengikut Scowler dan meninggalkan Patchie yang terbaring kekalahan kerana itu adalah adat mereka.

Scowler adalah seekor dinosour yang kuat tetapi tidak bijak. Dia telah membawa kumpulannya merentasi sebuah tasik yang beku.
Apabila Patchie bertindak menyelamatkan kumpulannya dari lemas di tasik beku, Scowler semakin berang dengannya kerana kumpulannya mula mengikut Patchie.

Sekali lagi Scowler mencabar Patchie untuk menuntut hak sebagai ketua.
Apakah Scowler akan mengalahkan Patchie sekali lagi?

PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang ringan serta tidak melalut. Cuma pada awal agak kekok untuk mengetahui watak mana yang bercakap kerana tiada gerakan bibir. Sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Penghayatan : 4.7/5.0. Since nie animation, so takde masalah penghayatan la kan. Hehehehe

Will I Watch It Again : 4.6/5.0. I will and I will buy the DVD. By the way, watching this movie di TGV One Utama in 3D memang berbaloi! Sangat real and clean animation!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam