Life of Pi : The Review


Siapa sanggup hidup bersama seekor harimau?
Jangankan berhari-hari, seminit pun belum tentu ials berani!

Bayangkan jika uals perlu duduk dengan seekor harimau yang kelaparan selama 227 hari, dalam sebuah perahu penyelamat sahaja, di tengah-tengah laut!

Sinopsis
Diadaptasikan dari novel pengembaraan fantasi oleh Yann Martel, Ang Lee telah berjaya membangunkan novel ini menjadi sebuah wayang yang mengusik hati dan perasaan

Wayang ini merupakan pengkisahan secara flashback  oleh Pi atau nama sebenarnya Piscine Molitor Patel yang berasal dari Pondicherry, India berkenaan kehidupan beliau sebelum dia menetap di Canada

Keluarga Patel menguruskan sebuah zoo di Pondicherry, India dan kedua-dua ibu bapa Pi merupakan generasi India yang berfikiran baru atau moden

Pi pula membesar dengan keinginan untuk mendalami berkenaan ketuhanan dan menyebabkan dia mengamalkan kehidupan sebagai seorang Hindu, Islam dan Kristian dalam masa yang sama

Apabila kerajaan tempatan berniat mengambil semula tanah yang diduduki oleh keluarga Patel, ayah Pi telah menjual keseluruhan haiwan di zoo mereka kepada sebuah zoo di Canada
Keluarga Patel juga ingin memulakan kehidupan bari di Canada
Pi menyaksikan kapal tumpangannya karam bersama kesemua ahli keluarganya
Dalam perjalanan mengharung lautan yang ganas, kapal yang dinaiki oleh keluarga Patel dan juga haiwan zoo telah karam meninggalkan Pi yang terselamat di dalam bot penyelamat

Pada awalnya, yang terselamat adalah seekor hyena, seekor orang utan dan seekor zebra
Hyena itu kemudiannya telah membunuh zebra yang cedera dan kemudiannya membunuh orang utan itu
Pi yang tertekan bercadang untuk mempertahankan diri dari serangan hyena
Tetapi seekor Harimau Bengal yang dikenali sebagai Richard Parker telah terlebih dahulu membunuh hyena tersebut

Dari situ, bermulakan kehidupan di antara pemangsa dan mangsa
Kapal buatan Pi untuk menjauhkan diri dari Richard Parker

Pi terpaksa membuat sebuah lagi perahu kecil dari papan-papan yang terdapat di dalam perahu untuk melarikan diri daripada Richard Parker

Tetapi Pi masih lagi menghargai kehidupan dan cuba untuk berkomunikasi dengan Richard Parker demi kelangsungan hidup kedua-duanya


Walaupun dicabar pelbagai dugaan, Pi masih tidak berputus asa dan mengharapkan mereka akan diselamatkan

Sehingga akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau misteri yang dipenuhi oleh meerkat
Apabila menjelang malam, kesemua meerkat melarikan diri ke atas pokok dan Richard Parker pula melarikan diri ke atas bot
Pulau misteri yang bersifat karnivor

Rupanya pulau misteri itu bersifat karnivor, ia akan memakan apa sahaja jasad yang berada di atas tanah pulau apabila menjelang malam, termasuk ikan yang tedapat di dalam kolam di tengah-tengah pulau itu

Menjelang siang, sekali lagi Pi dan Richard Parker menghanyutkan diri di lautan sehingga akhirnya mereka terdampar di pesisir pantai Mexico

Penilaian ials terhadap Life of Pi :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Jalan cerita yang kemas dan padat. Sangat mengagumi teknik mekap dan efek yang menampakkan perubahan fizikal Pi sehingga kurus!   

Penghayatan : 4.9/5.0. BEST! Sangat sedih apabila kapal karam dan juga detik perpisahan di antara Pi dan Richard Parker

Will I watch it again 
: I will buy the DVD!



Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

4 Comments

  1. wow! nice story.. :)


    btw, jom join first contest hanna.
    http://www.farhanabiella.my/2012/12/photo-contest-be-yourself-by.html

    ReplyDelete
  2. tqvm 4 the review. b4 this dok dengar2 org citer ajer...hihiihi

    ReplyDelete
  3. cete yg best dgn efek yg mantap dari mula sampai akhir..cuma yg part akhir waktu pi cete kat org jepun mcm mane kapal boleh karam mcm x perlu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....Tak perlu letak pun takpe kan yang jepun tu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com