COPY

Jack Reacher : The Review

8:30 AM

Kelas kan dia nyer tag line?
Ada ke orang kat bumi nie yang above the laws?

Ada le kot kan

Thanks to Nuffnang sebab tak serik-serik bagi tix kat iols nie

Sinopsis
Jack Reacher adalah seorang askar yang telah bersara dan tidak mempunyai apa-apa bukti kewujudan
Dia dikenali sebagai polis tentera dan merupakan yang terbaik dalam kerja perisikan


Saat sebelum diculik
 Apabila seorang bekas tentera, James Barr dituduh sebagai penembak hendap dan pembunuh kepada satu kejadian di mana 5 orang meninggal, Jack Reacher telah muncul dari persembunyiannya

Jack muncul kerana dia pernah menyebabkan James dipenjarakan dan dia ingin sekali lagi memenjarakan Barr
Tetapi Barr pula telah koma kerana dibelasah dengan teruk dalam perjalanan ke penjara

Pada awalnya, Jack percaya bahawa James adalah pesalah yang dicari tetapi Helen Rodin yang bertindak sebagai peguambela pula berfikiran sebaliknya

Pembalasan dendam oleh Jack
Helen meminta Jack untuk menyiasat sebab James menamakan Jack sebagai saksi

Pegawai Polis Emerson juga membantu dalam siasatan dengan menunjukkan bukti di lokasi kejadian 

Berbekalkan kepakaran di lapangan, Jack berjaya membongkar sedikit demi sedikit konspirasi yang tersulam dalam kes pembunuhan itu


Mengendap orang jahat sebelum membelasah mereka
Tetapi adakah Jack sanggup mengorbankan rakan yang membantunya demi menguraikan kosnpirasi ini?

Penilaian ials terhadap Jack Reacher :
Plot penceritaan : 4.4/5.0. Jalan cerita yang panjang. Pembangunan watak yang panjang dan adakalanya membosankan. Yang penting dalam wayang nie, watak penjahat sangat tertib dan bersopan. Naik kereta pun bawa perlahan-lahan, pakai tali pinggang keselamatan bagai tau.   

Penghayatan : 4.6/5.0. Boleh lah. Rosamund Pike, wataknya perlu menjegilkan mata sepanjang masa bagi menunjukkan rasa kagum beliau pada Jack. Perlu ke?

Will I watch it again 
: No.


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

4 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe