Rise of the Guardians : The Review



Cantik tak?

Ials adalah antara orang pertama yang dapat tengok Rise of the Guardians nie
Thanks to Nuffnang
3D tau!

Sinopsis
Rise of The Guardians membariskan watak-watak mistikal dan magikal yang menjadi sebutan kanak-kanak terutamanya di Eropah dan Barat seperti Santa Claus, Tooth Fairy, Sandman, Boogieman, Easter Bunny dan Jack Frost

As someone that has been reading all the books on these mystical creatures

Jack Frost adalah semangat mistikal musim sejuk yang bebas dan nakal. Kegemarannya adalah menyebabkan musim salji di setiap laluannya dan memberikan keceriaan kepada kanak-kanak yang menyukai musim sejuk

Tooth Fairy, Sandman, Easter Bunny dan Santa Claus adalah The Guardians yang menjaga kanak-kanak dengan memberikan harapan serta memakbulkan impian mereka
Selagi kanak-kanak mempercayai kewujudan mereka, The Guardians akan sentiasa mempunyai kuasa ajaib untuk menggembirakan kanak-kanak
Apabila Pitch Black aka Boogieman mula mengganggu mimpi indah kanak-kanak dan menghilangkan kepercayaan kanak-kanak kepada The Guardians, Man in Moon telah memilih Jack Frost sebagai seorang lagi Guardian
The Guardians berbincang di bilik operasi Santa
Penyertaan Jack ke dalam The Guardians adalah untuk mengalahkan kuasa Pitch Black
Tetapi Easter Bunny dan Jack Frost pula tidak boleh duduk serumah kerana Jack Frost suka mengutuk Easter Bunny
Jack & Bunny
Apabila Jack mengetahui bahawa dia mempunyai kehidupan lepas sebagai manusia, dia mula mencari asal-usulnya

Tetapi maklumat tersebut telah dicuri oleh Pitch Black bersama simpanan gigi susunya yang telah dirampas dari simpanan Tooth Fairy
Jack & Pitch
Pitch pula cuba mempengaruhi Jack yang masih lagi mencari identiti diri sebagai Guardian dan juga mengambil peluang di atas kesepian yang dirasai oleh Jack

Kuasa Pitch semakin kuat apabila dia berjaya membunuh Sandman dan memusnahkan kepercayaan kesemua kanak-kanak di dunia
Siapakah yang akan bangkit dan mengalahkan kuasa Boogieman?
Cukup kuatkah kepercayaan seorang kanak-kanak dalam mengalahkan Boogieman?

Penilaian ials terhadap Rise of The Guardians :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Jalan cerita yang ringan, garapan yang kemas dan sangat lawak. Pembangunan watak dan penceritaan menyebabkan kita faham akan kewujudan setiap watak. Sesuai sangat kalau nak bawa anak-anak!

Penghayatan : 4.9/5.0. BEST!

Will I watch it again 
: Yes, I will and will buy the DVD too


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

  1. Bila masuk panggung? Nak suruh Mr Papa bawak budak ber-2 tu gi tengok wayang... heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah masuk dah pun Ma'am Ieda..
      Sila pergi, memang berbaloi!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com