Happy Diwali


Sumber : Diwali/ Divali/ Deepavali
Sedikit fakta berkenaan Diwali: 
Hari Deepavali (Bahasa HindiदिपावलीBahasa Tamilதீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Bahasa Hindiदीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.
Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.
Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.
Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

To all celebrating Diwali, sama ada yang beragama Hindu mahupun lain-lain yang turut sama memeriahkan Diwali, semangat bersatu-padu amalan kita

Dalam banyak-banyak iklan perayaan, yang paling saya tunggu-tunggukan ialah iklan Petronas







Make your life brighter and happier by providing more for the family
We could make it happen for you, together


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

  1. hihihi :)

    http://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/musibah-mak-ikan-simpan-3-pemuda.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com