Breaking Dawn Part 2 : The Review

9:00 AM

Last Wednesday, ials dapat special invite from Nuffnang untuk menonton Breaking Dawn Part 2
Oh My Gucci!!!!

Pastu Nuffnang bagi plak hadiah sebab menang contest dia....
Thanks Nuffnang
Dapat a bag and an umbrella tapi umbrella lupa plak nak amik pic

Masa nak pergi ambil tiket, Cathay Cineplex di e@Curve penuh ye
Dua-dua level penuh dengan people yang dapat jemputan untuk premiere screening
Memang ramai la kan Twilight die-fans

Sinopsis
Breaking Dawn Part 2 berkisar berkenaan kehidupan semula Bella sebagai vampire dan juga sebagai ibu kepada Renesmee serta cabaran yang dilaluinya demi insan yang disayanginya
Bella sebagai newborn, dia mempunyai kekuatan yang sangat hebat dan telah diajar oleh Edward cara untuk memburu bagi melampiaskan kehausannya pada darah
Pada satu kejadian, Bella hampir membunuh seorang pendaki tetapi berjaya mengawal nafsunya terhadap darah manusia dan memburu binatang
Bella memarahi Jacob kerana imprint  ke atas Renesmee
Apabila Belle mendapat tahu bahawa Jacob telah membuat imprint ke atas Renesmee, Bella menjadi berang tetapi akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa itu di luar kemahuan Jacob dan Renesmee
Jacob juga telah membuka rahsia bahawa dirinya adalah werewolf  kepada bapa Bella, Charlie dalam tindakannya menghalang Bella dan the Cullens dari berpindah meninggalkan Fork
Renesmee pula telah diperkenalkan kepada Charlie sebagai anak angkat kepada Bella dan Edward

Renesmee membesar dengan kadar yang sangat deras sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan keluarganya, bahawa dia tidak akan mempunyai usia yang panjang

Ketika Jacob, Bella dan Renesmee bersiar-siar di kawasan pergunungan, Irina dari puak Denali telah terlihat Renesmee yang sedang bermain-main dan berterbangan dan menyangka bahawa dia adalah mangsa kepada Bella

Irina telah memaklumkan 'jenayah' ini kepada Volturi
Volturi yang memang mempunyai niat untuk menjatuhkan puak Cullens terus membuat keputusan untuk memusnahkan seluruh keluarga Cullens sebagai hukuman di atas 'jenayah' kerana menghasilkan immortal child

Alice yang mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan telah mendapat visi bahawa Volturi akan menyerang the Cullens dan terus melarikan diri meninggalkan Cullens bersama Jasper
Alice berpesan agar mereka mencari saksi-saksi di kalangan vampire dari puak yang lain untuk menunjukkan bahawa Renesmee adalah half mortal, half immortal dan bukannya immortal child

Kesemua saksi yang hadir terpesona dengan Renesmee dan kebolehannya untuk berkomunikasi dengan hanya meletakkan tapak tangannya pada muka orang lain dan semua imej di fikiran Renesmee akan terpancar di fikiran mereka
Kate dan Tanya dari puak Denali
Zafrina dan Senna dari Amazon
Pengembaraan the Cullens ke seluruh dunia mengumpulkan ramai vampire yang mempunyai kebolehan yang unik
Kate dari puak Denali mempunyai kebolehan mengalirkan tenaga elektrik berkuasa tinggi dari seluruh badannya
Benjamin dari Egypt pula mempunyai kebolehan memanipulasi unsur-unsur bumi
Zafrina dari Amazon pula berkebolehan mencipta ilusi

Kehadiran vampire membolehkan Bella belajar mengenali dirinya dan kuasanya iaitu sebagai pelindung
Bella juga telah merancang agar Jacob dan Renesmee melarikan diri agar tidak dapat dicederakan oleh Volturi ketika pertarungan kelak

Apabila Volturi tiba, kesemua saksi dari the Cullens dan juga kumpulan werewolves telah bersedia menunggu
Walaupun Renesmee telah menunjukkan kepada Aro siapa dirinya yang sebenar, tetapi Aro masih lagi ingin memusnahkan the Cullens dengan membangkitkan isu keselamatan mereka di masa hadapan

Ketika ini Alice dan Jasper tiba
Alice terus menunjukkan kepada Aro masa depan Volturi dan Aro jika dia memilih untuk memusnahkan the Cullens

Apakah yang ditunjukkan oleh Alice kepada Aro?
Apakah the Cullens akan tumbang?

Penilaian ials terhadap Breaking Dawn Part 2 :
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Walaupun ials merasakan jalan cerita dia agak laju dan some parts yang ada dalam buku tidak ditonjolkan, jalan ceritanya masih boleh difahami. Kalau nak ikut buku, tiga hari pun takkan selesai.  

Penghayatan : 4.9/5.0. Amazingly, Kristen menunjukkan banyak ekspresi muka kali ini. Lakonan Edward, Alice, Emmett, Jasper, Jacob dan yang lain-lain juga memberangsangkan. Saya suka dengan pemilihan vampire  dari puak lain yang tidak lari dari kriteria tinggi, cantik dan mempunyai fizikal yang menarik. Especially Zafrina, sangat model! Watak-watak Volturi juga memberangsangkan, especially Jane yang jahat itew!

Will I watch it again 
: Yes, I will, and will buy the complete Saga DVD!


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. Haha... sorry x penah follow citer ni. Tp tau ramai yg gilakan citer ni. Simpan payung elok-elok. Kalu rasa2 cam nak let-go, bagi la kiter... ehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....nanti saya kabokan kalau nak let go

      Delete
  2. Ending OK, but overall citer nie masih MEH. Setuju dengan review kat bawah:

    http://www.sinema.my/movie-review-breaking-dawn-pt-2-jacob-bukak-baju-lagi-seawal-minit-ke-1843-saat/

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe