The Bourne Legacy : The Review



Yeay!
Dapat tengok premiere screening lagi!
Kali nie tengok The Bourne Legacy plak!

Movie ini diadaptasi dari novel tulisan Eric Van Lustbader, sepertimana tiga movie Bourne yang sebelumnya juga berdasarkan novel yang ditulis oleh Robert Ludlum

The Bourne Legacy berkisarkan mengenai perjuangan seorang agen perisik yang sedang menjalani latihan survival dan usaha beliau untuk terus kekal hidup kerana projek ketenteraan yang sedang dijalankan akan ditutup. Ini kerana pendedahan yang telah dilakukan oleh Jason Bourne sebelum ini telah menyebabkan CIA berada dalam masalah yang besar dan mendapat kecaman dari banyak pihak. CIA juga bercadang untuk menutup semua jejak-jejak berkenaan operasi hitam yang lain termasuk Outcome dan Blackbriar yang akan melibatkan CIA jika didedahkan kepada umum. 
Penutupan semua operasi ini bermaksud no loose ends yakni melibatkan pembunuhan semua yang terlibat di dalam operasi itu, bermula dari kakitangan di dalam makmal sehingga kepada agen yang bertugas dan sedang menjalani latihan.

Arron Cross (Jeremy Renner) merupakan agen Outcome yang sedang menjalani latihan survival juga telah diarahkan untuk dihapuskan tetapi beliau berjaya melepaskan diri dan kembali ke US.

Manakala di US, Dr. Marta Shearling (Rachel Weisz), seorang saintis yang bertugas di makmal Outcome, juga hampir menjadi mangsa apabila seorang rakan sekerja di makmal Outcome telah bertindak di luar kawalan dan membunuh kesemua rakan sekerja mereka.
Terselamat dan masih trauma dari kejadian di makmal, Dr. Marta bercadang untuk berehat keluar negara tetapi CIA tidak akan membiarkan adanya loose ends. Dr. Marta juga menjadi buruan dan Agen Cross telah berjaya menyelamatkan Dr. Marta daripada dibunuh oleh agen-agen CIA yang menyamar doktor dalam cubaan membunuh Dr. Marta.
Pelarian Dr. Marta dan Agen Cross sehingga ke Manila adalah untuk mencari kultur virus hidup yang boleh menyelamatkan Agen Cross yang telah bergantung kepada dua biji pil sepanjang tempoh latihan bagi mengekalkan kecerdasan otak dan ketangkasan fizikal beliau. Kultur virus hidup ini boleh menentang side effect tersebut dan membolehkan Agen Cross terus hidup. 
Penilaian saya berkenaan The Bourne Legacy :

Jalan cerita : 4.7/5.0. Sepertimana movie Bourne yang lain, babak-abak aksi memang banyak dipaparkan di dalam siri kali ini. Sungguhpun begitu, cerita yang mengambil masa hampir 2 jam 30 minit ini, pada awalnya agak meleret kerana pengenalan dan pembangunan karakter baru yang agak panjang. Babak-babak pembunuhan dan aksi memang menderaukan darah! Terutama pada babak apabila pembunuh upahan mengejar Dr. Marta dan Agen Cross! The best scene, I would say!

Penghayatan : 4.7/5.0. Dengan adanya Jeremy Jenner, Rachel Weisz dan Edward Norton, penghayatan watak memang terbaik. 

Will I watch it again? Yes I will but on DVD. Worth keeping the DVD.

CONTACT ME
RAWLINS 
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

4 Comments

  1. Rawlins!!

    TQ ye sudi share review Bourne Legacy kat fanpage KakiWayang.com.
    Sinopsis dan review yang baik. Keep it up!

    Meh baca juga review kami : The Bourne Legacy

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com