Gawai Dayak 2012 Celebration

8:39 AM


Gayu Guru Gerai Nyamai

Maksudnya ialah Lanjut Usia Sihat Sejahtera
Enjoy the pix peeps 

Sedikit trivia berkenaan Gawai Dayak
Ianya disambut pada malam 31 Mei setiap tahun
Disambut oleh suku kaum Dayak di Sarawak dan Kalimantan
Persiapan bermula seawal siang 31 Mei di mana sesi menumbangkan khinzir untuk jamuan, memasak lemang versi Dayak yang disebut sebagai nasi pulut dan lain-lain jamuan untuk digunakan semasa sambutan
Then, menjelang petang
Ketua bilik akan menyediakan persembahan untuk dewa-dewa Iban dimulakan dengan muzik gendang rayah. Ketua bilik akan membaca pantun (doa) untuk memohon keberkatan rezeki dan kesihatan ahli keluarga bagi tahun mendatang
Apabila menjelang tengah malam, sekali lagi paluan gendang dimainkan dan semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu Tuai Rumah dan membawa sedikit jamuan untuk dikongsi bersama-sama dengan keluarga-keluarga lain

Tuai Rumah akan mengepalai acara meminum Ai Pengayu (Air Lanjut Usia) dan memohon kepada Dewa untuk memberkati sekalian penduduk rumah panjang itu sihat, murah rezeki dan lanjut usia
Ai Pengayu tidak semestinya air tuak (air tapai), kini pelbagai jenis minuman boleh digunakan semasa acara ini
Muzik-muzik akan dimainkan dan golongan muda akan membuat persembahan seperti ngajat dan kuntau sepanjang malam
Pada siang 1 Jun, upacara persembahan kepada Dewa yakni Ngalu Petara yang bermaksud mengalu-alukan kedatangan Dewa diadakan

Tu dia serba sedikit berkenaan Gawai Dayak
Jika pada zaman dulu, ada sesetengah rumah panjang akan mengadakan pertandingan  Kumang Gawai  dan Keling Gawai iaitu Ratu dan Raja Gawai dan juga pertandingan ngajat 
Kini pelbagai jenis pertandingan diadakan mengikut peredaran zaman

CONTACT ME
RAWLINS 
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

2 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe