Fiel's First Bath in The River

9:17 AM


Hello uals


Iban nie banyak adat dan pantang larangnya
Kekadang sampai tak terikut
Tapi ials cuba la ikut setakat mana yang mampu
Jaga hati mak ayah dan juga ahli keluarga yang lain
Lagipun adat mana boleh ditinggalkan
Itukan akar umbi kita

Salah satu adat ialah menghantar kanak-kanak kecil yang pertama kali nak memijak tanah dan mandi sungai
Kebiasaannya, majlis ini dilakukan selepas subuh
Kini, kat kampung mak ials, ia dijalankan setiap kali Gawai menjelma
Selepas subuh, sekumpulan anak muda akan memainkan gendang sepanjang rumah panjang untuk menjemput orang ramai menyertai perarakan menghantar kanak-kanak tersebut ke sungai
Diiringi oleh Tuai Rumah, kanak-kanak tersebut akan dikendong menggunakan pua kumbu (jika ada) atau kain batik 
Tukang kendong akan mengenakan topi tradisional dan ketua keluarga akan membawa ayam dan khinzir untuk dikorbankan
Ketua keluarga akan membaca pantun-pantun sebelum binatang-binatang tersebut disembelih di sungai dan kanak-kanak tersebut akan dimandikan di air tersebut
Perarakan dari rumah panjang ke sungai
Sekampung turun menyertai upacara ini. Ada juga yang lain menyertai dengan hantar anak masing-masing
 
Acara memandikan Fiel. Brave lil' boy
 
Balik dari sungai, ibu dan anak didudukkan di atas gong atau tawak. My grandfather membacakan pantun berupa seloka mendoakan kesejahteraan cicitnya nie
Yang lawaknya Fiel nie kalau mandi, dia suka nak nangis
Tapi entah kenapa kali ini, dia langsung tak nangis plak bila dimandikan di air sungai yang sejuk tu
Pastu
Selesai je majlis, hujan terus turun dengan lebat
Tuai Rumah kata petanda yang baik bagi kanak-kanak tu
Kehidupan diorang akan sejuk je, kurang perbalahan dan masalah

Adat dan pantang-larang kaum uals
Ikut je lah
Bukannya susah pun kan

CONTACT ME
RAWLINS 
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe