10 Tempat untuk Dilawati Sebelum Terlambat

9:30 AM


Banyak lokasi di Bumi yang menghadapi ancaman kepupusan kerana perubahan ekosistem dan pemanasan Bumi yang drastik. Sepertimana tersenarai di dalam Top Ten Things , berikut adalah senarai 10 lokasi semulajadi terindah di Bumi yang menjadi pilihan pelancong yang wajar dilawati sebelum ia kepupusan. 

10. Victoria Falls

10. Victoria Falls
Victoria Falls adalah air terjun yang terbesar di Bumi dan terletak di antara Zambia dan Zimbabwee. Air terjun ini mengalami ancaman kemarau dan kekurangan air dek kerana perubahan cuaca. 

9. Sahara Desert Africa

9. Sahara Desert Africa
Padang pasir terpanas di Bumi di Afrika ini dianggarkan semakin meluas dengan anggaran 0.5 batu setiap bulan. Dianggarkan keseluruhan Utara Afrika akan ditutupi oleh Padang Pasir Afrika dalam beberapa tahun mendatang. 

8. Great Barrier Reef Australia

8. Great Barrier Reef Australia
Great Barrier Reef di Australia mengalami ancaman terbesar dek kerana perubahan cuaca. Ekosistem batu karang terindah yang ada di sini mengalami ancaman kerana pencemaran air laut, peningkatan suhu air laut dan pengasidan lautan yang menjadikan kebanyakan flora dan fauna di dalam ekosistem ini terancam dan akan mengalami kepupusan. 

7. Petra Jordan

7. Petra Jordan
Kota lama yang terindah di Jordan, Petra dibina dengan mengukir batuan yang melangit tingginya dan mengalami risiko kerosakan kerana tumpuan pelancong yang keterlaluan. Kaum Nabatean telah mula mengukir struktur batu ini pada 1200 BC. 

6. The Everglades USA

6. The Everglades USA
The Everglades adalah are tanah lembap semulajadi subtropika di Florida berukuran 2.5 juta ekar. Kawasan ini mengalami ancaman kepupusan dek kerana pertanian dan alihan pengaliran air yang telah menyebabkan saiznya mengurang kepada separuh dari saiz asal. 

5. The Dead Sea Jordan

5. The Dead Sea Jordan
Laut Mati adalah laut masin terdalam yang mengandungi mineral dengan ciri-ciri terapi dan kini mengalami bahaya kepupusan dalam tempoh 50 tahun akan datang. 

4. Taj Mahal India

4. Taj Mahal India
Taj Mahal yang terkenal dengan keindahan senibina Islam sering mengalami masalah kebanjiran kerana berdekatan dengan Sungai Yamuna. Marmar putih di Taj Mahal juga menjadi kehitaman kerana pencemaran udaran dan hiasan dalaman juga menjadi semakin rapuh dek kerana masa dan menjadi usang. 

3. The Valley of Kings Egypt

In Karnak temple, Luxor, Egypt
The Valley of Kings di Mesir mengalami risiko kepupusan dalam tempoh 150 sehingga 500 tahun akan datang kerana kesan daripada kepanasan melampau dan kulat yang menghakis kubur ini secara perlahan. Tambahan, kehadiran pelancong yang banyak lebih banyak menyebabkan kerosakan kepada kubur yang terletak di barat Sungai Nil ini. 

2. The Maldives

2. The Maldives
Kepulauan Maldives mengalami ancaman kepupusan oleh pemanasan bumi. Memandangkan ia adalah negara yang paling rendah dari permukaan laut, ia mengalami ancaman tenggelam sekiranya bongkah ais mencair dalam kadar yang cepat dan banyak. 

1. Venice

1.Venice
Venice, yang dikenali sebagai  “City of Water” or “The Floating City” kini mengalami ancaman kepupusan untuk tenggelam kerana ketinggian aras air laut yang meningkat. Kekerapan Venice mengalami banjir menyebabkan ramai berfikir akan tempoh Venice akan wujud. 
Jika uals ada masa, pergilah melawat sebelum semua ini hilang dan hanya dapat dibaca di perpustakaan mahupun wikipedia.
CONTACT ME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. Among all these places, I have been to Venice before and trying to get to see Taj Mahal by next month.

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe