BANTUAN RAKYAT RM500 ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM3,000 KE BAWAH MULAI 2012

9:00 AM

Kerajaan kita memang prihatin kan terhadap penduduk Malaysia
Bila Bajet 2012 dibentangkan, seronok rasanya sebab banyak gak yang dapat pembelaan
Terutama golongan yang kurang upaya dari segi pendapatan
Yang bestnye, yang berpendapatan isi rumah RM3000 pun akan dapat bantuan sekali sahaja sebanyak RM500.

Mesti ramai tersenyum kan dengar perkhabaran itu
Tak kurang juga yang mencebik "nape tak tiap-tiap bulan dapat?"

Memang bagus bantuan tu tapi takkanlah sampai bila-bila nak harapkan bantuan kan
Banyak lagi yang layak dan perlu dibantu, bukannya kita je
Patut kita usaha le kan

Kerajaan pun galakkan kakitangan kerajaan buat kerja sampingan kan
So, tunggu apa lagi?
Moh la kita jana pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka (itu paling sikit dan jika malas, manakala 6 angka jika rajin dan komited)
Nak tau kaedahnya?
Jum add FB saya then kita share kaedah terbaik
Takyah la tunggu bajet 2013 plak untuk bantuan seterusnya kan


KUALA LUMPUR: Kerajaan menimbang mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012.
Timbalan Menteri Kewanan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengagihan bantuan wang tunai itu yang boleh dilakukan secara berperingkat peringkat, tanpa penetapan masa, akan dilakukan secepat mungkin mulai Januari depan.
Bantuan “one off” atau sekali sahaja itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 minggu lepas.

Awang Adek berkata kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama pelaksanakan bantuan ini memandangkan agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif.
Antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.
Seminar tersebut dianjurkan oleh LHDN dengan penyertaan seramai 1,120 peserta.
Awang Adek berkata LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Daftar dengan e-Kasih
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman sesawang LHDN.
Di samping itu, borang tersebut akan dicetak dan diedarkan di cawangan LHDN serta kawasan lain yang bakal dikenal pasti di seluruh negeri.
“Mereka (masyarakat) akan dimaklumkan mengenai pengagihan borang dari semasa ke semasa,” katanya.
Mengenai syarat kelayakan, beliau berkata pengiraan pendapatan RM3,000 itu ialah seisi rumah dan bukan individu dan oleh itu mekanisme siasatan akan dilakukan.
Awang Adek pula berkata pendapatan isi rumah akan diambil kira, dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama. Namun, persoalan bagi anak yang tinggal berasingan, masih dibincangkan.
“Soal isi rumah…seorang, tetapi sudah bekerja dan bayar zakat sendiri, saya rasa dia layak. Namun, ini kita akan pastikan kemudian dan masukkan dalam isu-isu yang perlu diperjelaskan,” katanya.
- Bernama

www.namaberita.com

So, tunggu apa lagi? Meh jana pendapatan sampingan yang lebih besar untuk kesejahteraan bersama...

p/s: baru je dapat extra RM4k...bahagia rasanya...boleh beli barang extra untuk baby baru!


You Might Also Like

2 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe