Syukur!!!! Setengah bulan pun rezki...


Syukur dipanjatkan kerana pengumuman yang dibuat oleh country's number 1 man...Thank you so much beloved PM
Sila rujuk Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan."Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. 

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga s
atu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya. 

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA 


Lega kan? Boleh la bernafas sedikit kita kan...memang le selama nie kita bernafas tapi sekarang lebih selesa la kan
Hep!
Ada gak yang bising sebab dapat setengah bulan?
Adoyai?
Abis nak berapa?
2 bulan? 3 bulan? 6 bulan?
Erm...jawapan saya tepuk dada tanya selera la kan...
Nak bonus banyak pergi la kerja kat pelantar minyak...
Cuepacs minta 2 bulan nape dapat 1/2 bulan je?


Dah dapat pun patut syukur ye...
Dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil, sedang merangkak naik nie...bersyukur la dapat
Tak dapat kang lagi la korang bising kan?


Ini sebab nak pilihanraya..nak pancing undi la nie


Amboi!!!
Tengok tu!
Dibagi pun masih lagi nak menyalak2...
Sudah-sudah lah...
Kalau tak nak terima bonus tu...tak sepertimana yang diidam-idamkan...sila la sedekah kat orang yang memerlukan
Takpun berhenti keja gomen..cari kerja lain yang boleh bagi korang bonus sepertimana yang diidamkan...
Bagi yang berkeluarga tu...simpan sikit untuk anak-anak nak mula sekolah nanti ye..
Yang muda plak...jangan duk pikir iPad2 .... menabung la sikit ok...*peringatan itu dituju untuk diri sendiri sebenarnya*
Last but not least...
This is my mere opinion...
I write what I see...
PEACE



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com