100 Hari


Ari tu (merujuk kepada Sabtu malam Ahad)
Aku 'tertonton' drama di TV1 *sangat jarang aku tonton TV1*
Tajuknya menarik...100 Hari
Setelah beberapa ketika menonton cerita itu, aku mulai rasa takut
Kenapa?
Sebab cerita dia mengisahkan petanda-petanda ajal yang mendekati pada dua insan yang berbeza gaya hidupnya
Yang satu nie kaya raya tetapi melupakan tanggungjawabnya kepada agama kerana merasakan mati hanya tiba di usia tua
Manakala yang satu lagi sederhana kehidupannya tetapi seorang yang taat pada suruhanNya

Selepas menonton cerita itu, timbul keinsafan dalam hati
Teringat diri ini masih lagi diberikan peluang olehNya untuk mengumpul pahala di muka bumi ini....
Doaku hanya satu di Ramadhan ini
Berikan aku lagi peluang untuk mengecap nikmat Ramadhan untuk jangka masa yang panjang ....
Amin


Post a Comment

0 Comments