Hello uals
Ials pernah bagitau tak ials nie kuat makan?
Tapi ials tetap slim gitew *mati la ayat camni*

Entry kali ini adalah ials lunch pukul 5 petang...
Percaya tak?
Please la percaya!
Kan ials busy sampai lupa waktu makan...*alasan tak bleh blah*

Kali ini ials mencuba rasa di Gardens @ Alamanda

  Deko dia adalah KELAS uals!



Makanan dia adalah sedap hokey!
Worth every single cent spent here.
*Buat pengetahuan semua ials tak dibayar untuk promosi ini*
Sedap dan berbaloi! 
Ada tak tempat makan yang best2 kat kawasan sekitar Putrajaya, Kajang & Bangi yang uals tau?
Kabar-kabarkan pada teman ye!

Uals
Mesti semua dah tengok Harry Potter kan?
Belum?
Pergi uals, rugi tak pergi....
Hik hik hik
Terpulang la kan memasing nak tengok ke tak

Ials ikuti citer ini dari awal lagi
Nak baca buku die tak larat sebab tebal mengalahkan Oxford dictionary
As the greatest movie of my time *my time nie merujuk pada standard aku sendiri je*, ials memang tertunggu tunggu last siri ini.
Sanggup uals pergi tengok first tayangan 3D di Pavillion uals..memalam...hari kerja plak tu
Kuar je panggung, ials kecewa sedikit...
Nape kecewa? Tak best ke?
Best la...sapa plak kata tak best..
cuma...
Ials tau dah ending dier camne but I was expecting more in terms of effects and gimmick and penceritaan
Ye la..dah nama the greatest movie..kena la go out with a bang kan..
Memang ada bang tapi sikit je..
Ala-ala orang cuba sembunyikan angin yang keluar dari badan tu...
Sikit je...sayup-sayup jer...
Hurm...
Kalau boleh nak lagi best la sebenarnya last story ni
But..what is done is done la kan..
Yang penting to me, the hero is not Harry Potter
Hero adalah
Tak sangka plak dia membesar into such a hottie!
MySpace
Salam semua
Buat apa tu?
Ials baru je balik dari Cherating
Berbengkel uals
Dari Jumaat hingga Ahad
Tak pernah lagi menjejakkan kaki ke sini
Tapi tak sempat ke pantai pun, boleh?
Busynyer uals...
Pagi ke malam berbengkel sajoh!
Pening kepala otak sekejap
Tapi Sabtu petang tu sempat gak gi Kemaman sebab kengkawan semua mengidam nak makan satar
Ials belasah keropok sajoh!
Bukan menyombong tapi ials jenis yang tak makan yang nama pelik-pelik
Seperti otak-otak...terbayang-bayang otak uals..
Tengok le muka memasing dapat satar





All in all...
Seronok sebab dapat mengeratkan silatulrahim dengan semua member yang kepala ting tong nie...
Next aktiviti buka puasa ye....
Oh ye...
Kopi jantan satu!
Hi all
Uals mesti dah tengok Transformers : Dark of The Moon kan?
Ials tengok dah..Best la sebab banyak robots *ayat cam bebudak*
Ials suka sangat la robot2 yang boleh tukar2 nie...
Sampai ials beli la dvd set Beast Wars dulu...
Memang menarik la

Now, ials sibuk mengulangkaji Beast Machine Transformers plak online @ youtube sajoh

Macam bebudak kan?
Ials sanggup tau bangun awal weekend untuk tengo kartun sampai ke tengah hari kalau takde apa perancangan nak ke mana2
Seronok wei tengok labah-labah, harimau bintang, tikus, kelawar, gorila dan helang bertukar jadi robot.
Syiok ok!
MySpace
Ada yang tak paham ngan kegilaan ials nie
Ramai yang sibuk menonton telemovie/ sinetron kat TV tapi ials takde minat yang tu
Ials tengok kartun gak..
hahahah
Nape?
Sebab menjadikan ials muda!!!
Ials bersyukur kerana ada ramai sahabat
Rezki dari segi kewangan mungkin ials kurang tapi ials bersyukur kerana ramai sahabat
Satu group of my sahabat sudah ials kenalkan di sini

What follows after this is going going to be about individuals that I could not put into a group...
They are special in their own way

Sahabat ials nie ials kenal melalui kawan gak
and they have their own circle
biasalah kan...
kengkawan dari masa study pastu stay friends sampai la memasing dah kerja
First time ials kenal dia, terus ials tertarik dengan keramahan beliau
And he is also down-to-earth
Ials being peramah pun suka gak kawan ngan orang yang low-profile nie
Setelah lama kawan ngan dia, baru la dapat tau yang dia nie is working as an engineer kat Petronas
Pastu tau tempat dia kerja katne?
Kuantan uals...
Eh? Tapi nape ials selalu jumpa uals kat KL hampir every other week?
Ala..ials drive la ke KL, nak jumpa kengkawan : ujar beliau.
Wow! Sanggup drive jauh semata-mata nak bersama kengkawan
Pastu ials perasan dia nie suka gi holiday, on his own ok...
Wow! Ials lagi terpegun!
Ye la...dia mampu sebab gaji dia mesti la banyak kan...
Hik hik hik

Last week, dia PM me and his other friends
He apologized sebab takde cenderamata dari Prague for all of us
And sebagai tanda minta maaf, dia nak belanja kitorang semua makan-makan and movie treat
He said, worth of his 6 months bonus
*pitam ials dengar 6 MONTHS*
Anyway, to cut story short,
I did enjoyed the dinner and the movie treat and also the hotel room...
Thanks so much uals....
You are a very good friend...
Ials cerita nie bukan nak bermegah kerana sahabat yang berduit
Tapi ials nak citer betapa a person with such wealth could still be so humble and down-to-earth...
Jangan nak berlagak dengan harta dunia kan..
Well...enough said...
Thanks uals...
Ials doakan uals murah rezki dunia dan akhirat
Itu je yang mampu ials bagi



Sejak kebelakangan ini, ials rajin menziarah blog-blog yang terdapat di alam maya ini
Rajin para blogger membuat segmen dan contest
Best gak..
Then terserempak blog Suhazli Muhamad yang menganjurkan segmen Saya Dari Universiti..
Tertarik hati dengan objektif segmen *mati la ayat skema*, maka ials pun join la ye

Berikut adalah persoalan yang dikemukakan oleh tuan punya blog untuk pengikut segmen ini :

- Nama panggilan korang?
- Universiti mana korang dapat or tengah belajar or dah habis belajar? (Kalau boleh tulis nama kolej sekali)
- Course yang korang dapat?

Oklah...disertakan jawapan kepada semua soalan di atas:
1) Nama panggilan semasa belajar ialah Linz *mati kan nama ials ala-ala manja*
2) Dari matrikulasi sampai ke Master ials stay di UKM..hardcore UKM la nie
3) Untuk Bachelor, ials dapat Marine Science manakala untuk Master ials buat Pengurusan Persekitaran : Pencemaran Marin

So, there you have it. 
Holla!!!
Hye semua
Saja nak mencuba nasib dalam Contest Pantun Ramadhan oleh Lady Mariah
Memang minat bermadah seloka tapi sekadar minat je
Ini je yang termampu

Terbang jauh si burung kenari
Singgah mari di ladang jerami
Salam disusun sepuluh jari
Salam Ramadhan dihulur bersemi

Singgah mari di ladang jerami
Tanah sekangkang milik si nyonya
Salam Ramadhan dihulur bersemi
Moga amal dirahmati olehNya

Tanah sekangkang milik si nyonya
Lamannya hijau seindah nusa
Moga amal dirahmati olehNya
Beramal berbudi seikhlas rasa

Hye uals
Watpe tu?
Ials bru je selesai mengemas dan mengubah susun atur ruang beradu ials Ahad yangbaru lepas  nie...
Ttiba je gatal nak mengubah kan...

Dengan keazaman untuk mengubah susun atur ruang beradu tu, ials bergerak ke Ikea seawal mungkin
*pukul 10am tu kira awal ke?*
Sengsorang pun ials pergi gak
Kengkawan semua ada komitmen memasing
Lagipun nie sebenarnya di luar perancangan ials
Keje opis berlambak tak buat lagi tapi tetap ku gigihkan ke Ikea
Sampai je sana, ials terus capai je mana yang ials dah set nak beli
Tetapi ada gak tercapai satu dua menda yang tidak berada di dalam list..
Hik hik hik
Biasa la kan

On the way balik tu, singgah dulu mencari dvd kat Equine
Ials sampai rumah jam 2pm
Kira cepat la kan
Siap je mandi, makan, terus ials kerjakan bahan-bahan yang dibeli

Laiva adalah coffee table dan lerberg adalah rak buku
Nape ials beli?
Sebab nak letak laptop kesayangan di ruang beradu dan nak tambah tempat letak pakaian
Nape tak beli almari?
Almari besar sangat dan dah ada satu dah pun..
Pakai rak nie pun cukup as additional sajer
Hasilnyer setelah DIY uals 
Yeay!
Berjaya juga
Eh...dalam nak tak nak menulis nie..
Aku nyer pageview dah 1000 dah..
Hik hik
Tahniah pada diri sendiri
MySpace
*lempang kang...dah la puji sendiri..malu-malu plak*
Thanks to all yang singgah and baca blog yang tak seberapa nie...
Pada yang senior and otai2 tu..ajar2 la cara mem'blog' yang lebih kelas, biar jadi tahap Gaban...
Thanks to all...
Jeng jeng jeng!!!
Gempak kan tajuk entry ials kali nie..
Apa yang kantoi?
Hik hik hik
MySpace
*gelak ala-ala kejam*

So...satu group of my friends dah berjaya ials ketengahkan di dada blog ini...
Ada plak yang bertanya...nape tak letak pic diorang sekali...
Setelah ials congak-congak, darab, bahagi, campur, tolak, kuasa dua, letak sin, tangen bagai...
Ials setuju untuk letak pic kengkawan nie..
Tapi...
Ada tapinya...
MySpace
*tetap nak berlagak kekwat nie*

Takleh la ials kantoikan secara individu..
takut nanti pic nie disalahgunakan oleh pervert-pervert yang ada di sekitar alam yang maya nie..
So..

Here we go....


Hah!
Nie le my super gorgeous friends...
Ada yang berkenan tak?
Hep!!
Minta laluan dulu sebelum berkenan tuh...
Bagi salam dulu ye..
Jangan main rempuh je..
So...berdasarkan siri ini Peramah Orangnya, Pengemas Orangnya, Manis Orangnya, Tegas Orangnya, Gigih Orangnya dan last, Mulus Orangnya, siapakah yang paling korang berkenan nak kenal?

Juga..silalah teka berdasarkan nombor yang ada pada pic kat atas tuh...entry yang mana merujuk kepada insan manis yang mana kan...
Hik hik hik..
I like permainan gini....
Nie sekarang ials tengah bz mempromote blog diri sendiri...
Pastu terserempak plak ngan segmen yang dikelolakan oleh Jejaka Stylo

So...
Satu usaha yang bagus bagi membantu rakan-rakan terutama 'anak-anak' yang baru nak belajar bertatih seperti ials nie..
Cudos to Jejaka Stylo sebab buat segmen nie...

Oleh yang demikian..saya juga ingin mempromote blog kengkawan saya seperti berikut :


Shibam Jelita <<<*ia nie feymes gak...kira kalau takyah promote pun takpe..but lantaklah kan*
A Beautiful Dancer
Irfan Rayyan



So uals...buat la perkara yang sama ye...
Yes, you!
Yang sedang baca nie...
Bantu la promote kengkawan nyer blog tuh..
Thanks....
Belajar meletak macam2 widget kat sini...
Berpinau gak anak mata belajar step-step dier
Al-maklum la kan..
Baru nak merangkak kan...
Harapnya widget tak nyusahkan uals nak membaca blog ials nie...
*pitam..bajet ramai yang baca blog die le nie*

Beshnyer!
Tadi my mum messaged me
I am expecting a baby boy in October 2011
Yeay!
The Una's Dynasty expands!!

My youngest sis will deliver the little happiness in October
Minta2 la takde program Oktober nie
Nak balik kampung tengok baby
Dah start dah beli baju for the little one dah pun...
Ials nie gile baju baby tau...
Dah la murah sudahnya ials angkat 3 skali...
Giler uals...


My mum slalu bising..
Orang lain yang beranak tapi ials yang busy beli kelengkapan...
Gila tak busy?
I love kids..
Nak tunggu sendiri nyer entahkan bila kan...
Hik hik hik..
Anybody boleh promote website yang jual beautiful and cute baby clothes?
Thanks all...
Lagu terbaru gabungan Ning, Shila Hamzah dan Jac bertajuk Beribu Sesalan menceritakan keperitan mencintai sepenuh hati tetapi ditinggalkan tanpa belas


Ku tatapi liriknya..
Melirih seketika juntaian air mata ini menuruni pipi
Tapi
Itu kisah lama...
Benar sudah sehabis daya kulupakan dari benakku
Namun semakin dekat dan kerap dia hampir dan bermain di mindaku...

Al-fathihah untuk kenangan lalu
Aku kini bahagia bersama ceritera kasih baruku...
Pergilah kau menjauh...
Berhentilah mengganggu siang malamku
Keluar dari igauku
Aku doakan kau bahagia bersama dia....
Sebagaimana hatiku kini bahagia bersama lembaran baru hidup ini
Amin....



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri
Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu
Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku
*pitam masukkan entri jiwang plak kan*
Helo helo helo...
Ada lagi entry pasal kawan nie...
Mai la baca
Uals dah bosan baca entry pasal kengkawan ials ke?
Ala...baca je la...
Mesti ada yang terpikat nie kang dengan kengkawan ials nie

Kawan ials yang ke-5 nie sepertimana tajuk di atas la
Mulus orangnya....
Gebu, montok dan bergetah
*mati la aku kena pelangkung kang*

Dia nie ials kenal atas kawan juga...
Maklumlah..kan ials nie peramah
*lagi ayat masuk bakul*
Tapi sebenarnya ials kenal dia dari belajar lagi
Tapi itu kira cam zaman ials hi-class so ials kenal2 cenggitu je so takde nak berkenal mesra dengan dia nie...
*memang nak mampus ayat puji sendiri*
Ials ala-ala kekwat gitew...
*aik..tadi baru puji sendiri peramah, now kekwat plak...sah otak tak berapa nak betul nie*

Sekali bila abis belajar, berkawan plak sebab dia kawan ngan kawan ials
Apa nak cakap kan...dah jodoh gitew...
Giler taknak jodoh yang mulus, gebu dan montok serta bergetah nie

Sepanjang ials kenal dia
Ials dapat lihat 3 sifat beliau yang wajar dimiliki semua umat...chewaaahhh

1) Beliau nie pemurah orangnya. Suka belanja makan and tak berkira. Kalau gi mana-mana naik keta ngan dia, belum pernah lagi dia minta nak tong-tong minyak *jangan dia antar claim pasni sudah*.

2) Jim Carrey in the group. Dia suka melawak. Asal ada dia mesti ada lawak...asal ada lawak mesti ada dia...so...dia nie pelawak ke bahan lawak? Entahlah kan...hik hik hik. But ials finds that all those who love to joke is the people with healthy and sharp mind..betul tak?

3) Seorang yang penyayang. Bukan dengan ials lah. Nak mampus sayang ngan ials? Tak lah...dia sayang orang sekitar dia..dia sayang mak dia (anak mak OK)..sayang adik dia...sayang kengkawan dia..sayang ehem ehem dia (ada ke?)...hik hik hik...Kalau orang tu penyayang kita boleh tengok dari perlakuan dia la kan...pokoknya..dia memang penyayang lah...

So...ada sesapa berminat nak kenal dia nie?
Drop your comment and e-mail nanti ials kenen-kenenkan....
*memang sah ials jadi mangsa pembunuhan kejam pasni*
Hye...
Uals tau kan ials nie adalah movie freak...
Perancangan lepas dalam entry >>>Movies to be reviewed telah selesai semuanya ditonton kecuali 3,2, 1 cinta...silap citer la...sebenarnya nak tengok Sekali Lagi tapi masih belum berkesempatan....tapi gigih kan ials?
Nie tak termasuk yang ials tengok Rasuk walau takde dalam perancangan pun...tu sebab giler citer antu tapi takde le antu sangat....agak kurang ngerinyer bagi ials lah kan...dari skala 1 - 5, ials bagi 2.5 sahaja...suam-suam ngeri gitew.

Oklah
Untuk Julai nie menjanjikan citer paling ditunggu tunggu seantero dunia
apa lagi kalau bukan si kenit Harry Potter...
Yes, nak baca buku dia agak tebal la kan...pastu nak abiskan semua siri lagi menangis la kot..
So...aku layan movie dia saja...Yang nie wajib ditonton menggunakan 3D ...yeeehaaa...tak sabarnya menanti...
Yang nie wajib ials tengok..kan ials kemaruk citer superhero nie..
Yang satu lagi adalah citer si pak lawak Jim Carrey dengan Penguinnyer itew...
Juga diriku kepingin untuk menonton citer ini....
Last but not least adalah citer antu Malaysia...iaitu Blok 3A...dah aku duk apartment...neves la nak tengok citer nie...harap-harap keseramannya tidak menghampakan aku...Hwa hwa hwa...
Hurm...
So..agak terisi la kot aku nyer bulan Julai nie...
Nie jadual sosial la kan..
Jadual professional pun agak penuh gak..
Ada la bengkel di sana sinun this month...
Memasing nak wat sebelum puasa kan...
Hik hik...
Korang dah list kan movie kegemaran nak tonton bulan nie?

Yeah...
Santai kan hujung minggu nie...
Besh!!
Ada orang sibuk wat BERSIH tapi hasilnya? KL jadi kotor, peniaga takde hasil pencarian selama sehari...
Sian para peniaga dan pekerja Alam Flora...

Ials plak rehat jer Ahad nie...
Jumaat lepas kengkawan wat aktiviti giler iaitu memandu ke Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting
Dia ada kursus dan ada extra room so dibawa le ials naik ke atas...
Masa lalu Tol Gombak, masyaAllah jem sampai dekat 10km kot...sian depa....
Kami sampai di IAB dalam jam 1030pm. Check in saja pastu kawan ajak naik ke Genting...
Apa lagi...untuk berjimba la...hik hik

Naik kat atas tu sejuk nyaman je rasanya..
BERSIH akal fikiran duk atas..tenang seketika kepala hotak dari masalah di tempat kerja *ada masalah ke*
Sah-sah semua kedai nak tutup kecuali disko n kasino
Apa lagi..kami pun bergerak ke .... kedai minum bernama Bakery...
Amik minuman spesel nie...Chocolate drink...spesel sbb dia bagi choc bar untuk dicairkan dalam susu panas...besh
Esoknya...siang kami naik atas naik cable car...jalan2 siap pegi strawberry park...



Balik tu takde le jam sangat...Tapi terus pegi Cheras Selatan sebab dapat tau Padini ada sale up to 70%
Terus beli blazer kat situ...stylo oooo *pitam sebab puji sendiri*
Sampai umah jam 7pm...lepak2
Bangun je pagi tadi baru teringat ada tugasan opis dalam beg tak buat lagi
Bekpes makan bread with hot milo je *angan-angan nak kurus*...
Siap before 11 am
Pastu masak macaroni goreng siap untuk lunch and dinner skali..
Orang rajin camtu *puji diri sendiri lagi*
Pastu ials melepak depan Macbook layan DVD sampai la petang nie...
Ingat esok je nak buat entri tapi dah terbosan nie buat je la kan..
So...I think I have managed to get a good rest and roaring to set for another week in the office..
BERSIH juga fizikal mental rest camni kan...
Cik Puan Ambiga tak nak amik resipi saya ke untuk memBERSIHkan diri?
Buang masa, tenaga dan kewarasan diri je berarak tak tentu pasal kat KL tengah hujan tuh...
Tercapai ke matlamat? Nan hado!!!